Wednesday 26 July 2017

Sedapnya Keropok Lekor Homemade Cik Aing Femes

Apa menu petang anda petang ini? Apa-apa pun, selamat menjamu selera dan menikmati minum petang anda ye.

Haa... ini minum petang saya sekeluarga kali ini.

Taarraa!!!!!!!!!!!! Keropok lekor.




'Homemade' tau. Tapi bukan saya lah yang membuatnya. Saya cuma beli dan bila nak makan gorengkan saja. Nak kukus atau steam pun boleh juga jika tak suka bergoreng. Lepas itu boleh terus menikmatinya panas-panas lagi bersama keluarga di rumah.


Nak kukus pun boleh jika tak suka bergoreng. Sedap!!!

'Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes' sangat sedap. Dalam satu bungkus ada 10 batang keropok lekor dan disertakan bersama dengan sos pencicah. Berat kasar sebungkus adalah 800 gram.

Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes

Keropok lekor homemade ini diusahakan oleh wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Keropok lekor ini bukan diproses di kilang. Keropok lekor dari rumah akan dihantar ke depan rumah anda bila anda membuat pesanan. Haa... nak cuba tak? Saya sarankan anda patut merasainya sendiri. Dah cuba sekali pasti nak lagi. Haa..... Bagaimana nak mendapatkannya?

Boleh follow facebook page Keropok LEKOR Homemade by Cik Aing Femes

Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes

Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes

Ok, terima kasih kerana sudi baca entri ini.


Monday 10 July 2017

DIY Penanda Buku : Sampul Raya dibuat penanda buku

Dah lama tak update entri. Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon dimaafkan seandainya ada salah silap dan khilaf sepanjang saya menulis di blog ini.  Maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca coretan terjemahan bicara hati di blog ini.

Ok, berbalik kepada tajuk entri saya kali ini. Haa ..... sampul raya dibuat penanda buku. Sampul raya banyak yang cantik. Sayang kan kalau dibuang?..... Isi dalam sampul tu sudah tentu bermanfaat ... kan? ....kan?

Haa ... apa kata jom kita jadikan pemberian seseorang itu lebih bermanfaat. Jom kita buat sampul raya sebagai penanda buku. Lebih seronok lagi ... jom ajak anak-anak atau adik-adik buat penanda buku ini bersama-sama.

Haa ... senang saja caranya. Sebelum tu, jom kita tengok apa yang kita perlukan untuk membuat penanda buku sampul raya ni...

- Sampul raya
- Reben
- Penebuk lubang
- Gunting



Cara-cara:

1) Tebuk lubang pada sampul raya dengan menggunakan penebuk lubang
2) Guntingkan reben mengikut panjang yang kita kehendaki
3) Kemudian, masukkan reben tersebut pada lubang yang telah ditebuk tadi. 
4) Akhir sekali, simpulkan reben tersebut.

Taraaaa... dah siap. Mudah kan?

Penanda buku


Haa... jom kita pelbagaikan lagi penanda buku kita daripada sampul raya ni..

Penanda buku daripada sampul raya



Jom tengok video ini




Selamat mencuba

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini



Tuesday 6 June 2017

Kek Batik

Kek batik... kek yang sedap, mudah dan senang untuk memasaknya. Ramai yang dah tahu tentang ini. Haa... saya juga turut cuba memasaknya.

Tarraaaaaa..........

Kek batik

Ok, jomlah kita tengok apakah bahan-bahan dan cara memasaknya.

BAHAN-BAHAN:

- 250g butter
- Setengah tin susu pekat manis (Nak kurangkan pun boleh)
- 200g milo (1 peket milo yang paling kecil tu)
- 3 sudu serbuk koko
-  biskut marie (saya guna 1 pack biskut marie. Nak kurangkan pun boleh)

CARA-CARA:

1) Cairkan butter
2) Selepas butter dah cair, masukkan setengah tin susu pekat manis. Nak kurangkan pun boleh.
3) Selepas itu masukkan milo dan diikuti pula dengan serbuk koko.
4) Kacau biar rata. Seterusnya masukkan biskut marie.
5) Selepas itu, masukkan dalam bekas. Tekan-tekan supaya padat. 
6) Kemudian, sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 hingga 4 jam.

Haa... dah siap! Keluarkan daripada peti sejuk. Biarkan seketika. Barulah potong kek batik itu.

Mudah, kan?

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.










Saturday 27 May 2017

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa dan beribadah. 
Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.



Friday 26 May 2017

Menang tempat kedua Peraduan Ulas Tentang Discover Jannah yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu Media Group


Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017) pada 28 April hingga 7 Mei 2017 yang lalu, Galeri Ilmu Media Group memilih tema Discover Jannah. Galeri Ilmu telah menganjurkan Peraduan Ulas Tentang Discover Jannah dengan gaya ulasan tersendiri.

Bentuk ulasan adalah bebas sama ada nak berkongsi cerita, dialog, sajak, pantun, seloka atau apa saja asalkan berkisarkan tema yang diberikan iaitu DISCOVER JANNAH. 

Alhamdulillah. Saya berpeluang menyertai peraduan ini. Walaupun pada saat akhir baru dapat ilham untuk menulis ulasan tentang Discover Jannah. Syukur ke hadrat Ilahi. Segala yang baik datang daripada Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan saya sendiri.

Alhamdulillah. Sangat bersyukur. Gembira. Karya ulasan saya terpilih sebagai pemenang tempat kedua. Terima kasih Galeri Ilmu Media Group dan Tuan Mohd Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas terbitan Galeri Ilmu). Tahniah saya ucapkan kepada pemenang tempat pertama, Suriati Shamsuddin dan pemenang tempat ketiga, Ibnu Haron.

Dengan izin Allah, tahun ini saya dapat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017). Saya juga berkesempatan mendapatkan beberapa buku terbitan Galeri Ilmu Media Group di PBAKL 2017. Di antaranya adalah buku yang berjudul Amirul Budak Sudan (penulis Puan Roza Roslan), Di Sebalik Tembok Yahudi (penulis Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan) dan Majalah Asuh.



Haa... Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut dan nak dapatkan buku-buku karya terbitan Galeri Ilmu Media Group, boleh follow
facebook page : Galeri Ilmu Media Group
Instagram: Galeri Ilmu
Web: www.galeriilmu.com

OK, jomlah kita baca ulasan saya yang terpilih itu tentang DISCOVER JANNAH.


Galeri ilmu sebarkan ilmu,
Sebagai wadah jiwa bangsa,
Membaca jambatan ilmu,
Jana minda didik jiwa.

PBAKL 2017 bakal diadakan,
Galeri ilmu anjurkan peraduan,
Discover Jannah tema diberikan,
Gaya tersendiri buat ulasan.

Di Pesta Buku Antarabangsa,
Galeri ilmu berada di sana,
Solat itu tiang agama,
Ayuh kita tunaikannya.

Jalan-jalan ke pesta buku,
Waktu solat jangan dilupa,
Doakan ibu ayah selalu,
Semoga Syurga tempat mereka.

Ajak teman rakan saudara,
Ke pesta buku antarabangsa,
Zikrullah penenang jiwa,
Ayuh amalkan sentiasa.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,
Banyak buku menarik belaka,
Semoga kita sabar dan bersyukur,
Hadapi ujian dan nikmat kurniaan-Nya.

Dorongkan hidup ke arah kebaikan,
Semoga Tuhan tunjukkan jalan,
Jalan lurus penuh kebaikan,
Menuju Syurga destinasi tujuan.

#DiscoverJannah


Terima kasih ye sudi baca entri ini........

Monday 22 May 2017

Ikan Bawal Masak Gulai

Ikan bawal nak masak apa ye? Hmmmm.... Teringin nak makan gulai lah pula.... Lagipun Lala suka makan gulai terutamanya masak gulai kuning. Tengok bahan- bahan yang  ada kat dapur dan dalam peti sejuk, akhirnya muktamad ....... Bila ikan bawal bertemu periuk, maka jadilah Ikan Bawal Masak Gulai 


Haa... jomlah kita tengok resepinya......

Ikan Bawal Masak Gulai

Bahan-bahan:

2ekor ikan bawal
1 biji bawang besar (dikisar)
4-6 ulas bawang putih (dikisar)
Halia (dikisar)
Kunyit (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit lada hitam (dikisar)
2 biji lada besar (dihiris)
6 helai daun limau purut
1 sudu pes asam jawa
200 ml santan
Sedikit 'nise' / gula melaka
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai dan lada hitam. Ketepikan seketika.
2) Masukkan air secukupnya dalam periuk dan kemudian masukkan bahan- bahan yang dikisar tadi. Didihkan seketika.
3) Seterusnya masukkan ikan bawal.
4) Kemudian, masukkan lada besar dyang dihiris dan daun limau purut yang dikoyak-koyakkan sedikit.
5) Selepas itu, masukkan asam jawa.
6) Masukkan pula santan, 'nise' dan garam secukup rasa.

Dah siap! Tarraaaaa..........
Ikan bawal masak gulai

Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca entri ini.


Tuesday 16 May 2017

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru.

Jasa guru sentiasa dikenang.

TERIMA KASIH, CIKGU.


Sunday 30 April 2017

Sayur Goreng Berhias Mangga Muda

Mangga muda???? Haa... sebut saja mangga muda ni, berair mulut..... kan? Kan? Kan?

Rasa masam mangga muda yang kaya dengan khasiat ini sinonim dan akrab sangat kaitannya dengan ibu hamil. Di antaranya untuk meminimalkan "morning sickness". Tapi yang sebenarnya bukan itu sahaja, banyak lagi manfaat buah mangga muda ni.

Haa.... ada yang suka makan mangga muda ni begitu saja, ada yang suka makan colek buah mangga, dijadikan kerabu mangga sebagai pelengkap hidangan dan macam-macam lagilah.

Kali ini saya letak mangga muda ni sebagai penambah dan pelengkap rasa dalam hidangan sayur goreng. Haa.... macam mana tu? Jomlah kita tengok resepinya.....

BAHAN-BAHAN:

- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris)
- isi ikan yang direbus
- sawi
- kacang pendek
- garam secukup rasa
- sedikit minyak
- 1 biji mangga muda (diparut atau diracik)

*jenis sayur terpulang pada citarasa anda.
*tambah cili padi atau lada jika suka pedas (tapi saya tak letak)

CARA-CARA:

1) Rebus ikan, kemudian ketepikan. Dah sejuk nanti asingkan isinya daripada tulang ikan.
2) Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3) Kemudian, masukkan isi ikan.
4) Masukkan pula sawi dan kacang pendek dan garam secukup rasa. Goreng sekejap saja.
5) Dah siap. Sebelum dihidang, taburkan mangga muda.

Tarrraaaaa!!!!!!!!!!

Sayur goreng berhias mangga muda.....

Ringkas, mudah dan menyelerakan!

sayur goreng berhias mangga muda

Terima kasih sudi baca entri ini.

Wednesday 26 April 2017

Nasi goreng daun kari

Hai, semua......

Apa khabar? Haa.... entri resepi kali ni saya nak berkongsi resepi nasi goreng. Nasi goreng apa?

Tarrraaaa!!!!!!!!!


Nasi goreng daun kari! Haa... daun kari ada di sebalik nasi tu....

Ok! Jomlah kita tengok apakah resepinya.......

BAHAN-BAHAN:

- Nasi
- sedikit ikan bilis
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 4 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris)
- 1 batang serai (dihiris)
- lada benggala / capsicum
- 2-3 tangkai daun kari
- kacang pendek (sayur-sayuran terpulang pada citarasa anda)
- tomato ceri (dihiris)
- sedikit minyak masak
- garam secukup rasa
- daun ketumbar (untuk hiasan dan dimakan)
- timun (untuk hiasan dan dimakan)

*jika suka pedas.... tambah cili padi.


CARA-CARA:

1) Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan ikan bilis. Gorengkan seketika.
2) Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan serai
3) Lepas dah naik bau, masukkan daun kari. Gaul seketika.
4) Kemudian masukkan lada benggala, kacang pendek dan tomato ceri.
5) Seterusnya masukkan nasi. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.
6) Dah siap, hiaskan dengan daun ketumbar dan timun.

Haa...... masakan yang penuh dengan kasih sayang ni sedia untuk dihidang.....

Ok. Terima kasih kerana sudi baca entri ini.


Saturday 14 January 2017

Bubur pulut hitam Noxxa

Salam sejahtera

Entri kali ini saya nak berkongsi resepi bubur pula. Bubur apa?

Tarraaa......

BUBUR PULUT HITAM NOXXA


Haa.... Bubur pulut hitam ni saya masak menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. 

Jomlah kita tengok apakah resepinya...

Bahan-bahan:

- 2 cawan beras pulut
- 5 cawan air 
- 3 cawan air masak
- 1 atau 2 helai daun pandan
- 400 ml santan
- 2 keping nise / gula melaka
- sedikit garam


Ok. Lepas dah sediakan bahan-bahan tu, jom tengok cara-cara nak masak pula.

Cara-cara:

1) Rendamkan beras pulut hitam selama 30 minit dan toskan

2) Masukkan beras pulut hitam, 5 cawan air dan daun pandan ke dalam inner

3) tutupkan periuk, laraskan tombol ke titik pressure, tekan HP, setkan 35 minit

4) lepas dah habis masa, tunggu dulu, kemudian barulah release wap. Nak release kan wap tu laraskan tombol ke titik steam. Lepas tu, tekan OFF (butang merah)

5) buka tudung periuk, lepas tu masukkan santan, nise, sedikit garam dan 3 cawan air masak. ( sebenarnya kuantiti air ni terpulang pada citarasa anda...suka kuah pekat ke cair ke, bolehlah kurangkan atau lebihkan air tu ye)

6) lepas tu, tekan stir fry, stir fry sekejap, tekan OFF.



Haa... inilah 'nise'. Di Kelantan dipanggil 'nise'. Nise ni diperbuat daripada nira.


Terima kasih kerana sudi baca entri ini.
Selamat mencuba.






Saturday 7 January 2017

Nasi goreng serunding daging

Hai semua...

Entri pertama pada tahun 2017 ini, saya kongsikan dengan entri resepi. Resepi mudah saja. Haa... resepi apa tu? .....

Tarrraa.... 
NASI GORENG SERUNDING DAGING! 

Biasanya serunding daging ni kita makan bersama pulut, dijadikan inti popia, inti mini karipap dan sebagainya. Haa... kali ni kita nak makan serunding daging ni bersama nasi goreng pula. Nyum... nyum!

Apa tunggu lagi? Jomlah kita tengok resepi yang sangat mudah ini.

BAHAN-BAHAN:

Nasi
- 3-5 ulas bawang putih (nak lebihkan pun boleh)
- sayur sawi (boleh tambahkan sayur-sayuran lain kegemaran anda, terpulang pada citarasa anda)
- halia
- 3 biji telur
- garam (secukup rasa)
- 2-3 cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang anda suka)
- minyak 
- serunding daging

CARA-CARA:

1) Panaskan sedikit minyak masak
2) masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau
3) masukkan cili padi 
4) masukkan sayur 
5) masukkan telur dan biarkan seketika
6) kemudian, masukkan nasi
7) Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati
8) Angkat. Sebelum dihidang, taburkan atau letakkanlah serunding daging tu. 

Haa... dah siap nasi goreng serunding daging. 

Nasi Goreng Serunding Daging


Selamat mencuba. 

Masaklah dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.