Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, 26 July 2017

Sedapnya Keropok Lekor Homemade Cik Aing Femes

Apa menu petang anda petang ini? Apa-apa pun, selamat menjamu selera dan menikmati minum petang anda ye.

Haa... ini minum petang saya sekeluarga kali ini.

Taarraa!!!!!!!!!!!! Keropok lekor.




'Homemade' tau. Tapi bukan saya lah yang membuatnya. Saya cuma beli dan bila nak makan gorengkan saja. Nak kukus atau steam pun boleh juga jika tak suka bergoreng. Lepas itu boleh terus menikmatinya panas-panas lagi bersama keluarga di rumah.


Nak kukus pun boleh jika tak suka bergoreng. Sedap!!!

'Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes' sangat sedap. Dalam satu bungkus ada 10 batang keropok lekor dan disertakan bersama dengan sos pencicah. Berat kasar sebungkus adalah 800 gram.

Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes

Keropok lekor homemade ini diusahakan oleh wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Keropok lekor ini bukan diproses di kilang. Keropok lekor dari rumah akan dihantar ke depan rumah anda bila anda membuat pesanan. Haa... nak cuba tak? Saya sarankan anda patut merasainya sendiri. Dah cuba sekali pasti nak lagi. Haa..... Bagaimana nak mendapatkannya?

Boleh follow facebook page Keropok LEKOR Homemade by Cik Aing Femes

Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes

Keropok Lekor Homemade by Cik Aing Femes

Ok, terima kasih kerana sudi baca entri ini.


Friday, 26 May 2017

Menang tempat kedua Peraduan Ulas Tentang Discover Jannah yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu Media Group


Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017) pada 28 April hingga 7 Mei 2017 yang lalu, Galeri Ilmu Media Group memilih tema Discover Jannah. Galeri Ilmu telah menganjurkan Peraduan Ulas Tentang Discover Jannah dengan gaya ulasan tersendiri.

Bentuk ulasan adalah bebas sama ada nak berkongsi cerita, dialog, sajak, pantun, seloka atau apa saja asalkan berkisarkan tema yang diberikan iaitu DISCOVER JANNAH. 

Alhamdulillah. Saya berpeluang menyertai peraduan ini. Walaupun pada saat akhir baru dapat ilham untuk menulis ulasan tentang Discover Jannah. Syukur ke hadrat Ilahi. Segala yang baik datang daripada Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan saya sendiri.

Alhamdulillah. Sangat bersyukur. Gembira. Karya ulasan saya terpilih sebagai pemenang tempat kedua. Terima kasih Galeri Ilmu Media Group dan Tuan Mohd Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas terbitan Galeri Ilmu). Tahniah saya ucapkan kepada pemenang tempat pertama, Suriati Shamsuddin dan pemenang tempat ketiga, Ibnu Haron.

Dengan izin Allah, tahun ini saya dapat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017). Saya juga berkesempatan mendapatkan beberapa buku terbitan Galeri Ilmu Media Group di PBAKL 2017. Di antaranya adalah buku yang berjudul Amirul Budak Sudan (penulis Puan Roza Roslan), Di Sebalik Tembok Yahudi (penulis Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan) dan Majalah Asuh.



Haa... Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut dan nak dapatkan buku-buku karya terbitan Galeri Ilmu Media Group, boleh follow
facebook page : Galeri Ilmu Media Group
Instagram: Galeri Ilmu
Web: www.galeriilmu.com

OK, jomlah kita baca ulasan saya yang terpilih itu tentang DISCOVER JANNAH.


Galeri ilmu sebarkan ilmu,
Sebagai wadah jiwa bangsa,
Membaca jambatan ilmu,
Jana minda didik jiwa.

PBAKL 2017 bakal diadakan,
Galeri ilmu anjurkan peraduan,
Discover Jannah tema diberikan,
Gaya tersendiri buat ulasan.

Di Pesta Buku Antarabangsa,
Galeri ilmu berada di sana,
Solat itu tiang agama,
Ayuh kita tunaikannya.

Jalan-jalan ke pesta buku,
Waktu solat jangan dilupa,
Doakan ibu ayah selalu,
Semoga Syurga tempat mereka.

Ajak teman rakan saudara,
Ke pesta buku antarabangsa,
Zikrullah penenang jiwa,
Ayuh amalkan sentiasa.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,
Banyak buku menarik belaka,
Semoga kita sabar dan bersyukur,
Hadapi ujian dan nikmat kurniaan-Nya.

Dorongkan hidup ke arah kebaikan,
Semoga Tuhan tunjukkan jalan,
Jalan lurus penuh kebaikan,
Menuju Syurga destinasi tujuan.

#DiscoverJannah


Terima kasih ye sudi baca entri ini........