Thursday 17 March 2016

kek butter coklat kukus tanpa telur

Hai,... kali ni uMMiey nak share resepi kek mudah dan sedap tanpa telur. Beberapa hari yang lalu, Lala dan Asyraf minta uMMiey buatkan kek. Hmmmm... telur tak ada pula. Jadi, uMMiey google la beberapa blog yang berkongsi resepi kek tanpa telur. Ada beberapa blog yang uMMiey intai. Terima kasih banyak-banyak ye kepada yang share resepi.

uMMiey mengolah daripada resepi-resepi yang diintai berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur. Jadi, jomlah kita tengok apakah resepinya....


KEK BUTTER COKLAT KUKUS TANPA TELUR

BAHAN-BAHAN:

250g butter
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko

CARA-CARA:

1) Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan seketika.
2) Butter, gula dan susu cair dimasukkan ke dalam blender. Kisar. Lepas tu, masukkan susu pekat dan esen vanila, kisar seketika.
Lepas tu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam tepung gandum yang telah di ayak tadi. Gaul sebati.
3) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bahagian tu. Gaul sebati.
4) Masukkan kedua-dua bahagian adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
5) Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.









.....Masaklah dengan penuh kasih sayang ye....
Selamat mencuba.



Terima kasih kerana sudi baca entri ini.



No comments:

Post a Comment