Friday 30 December 2016

Beg sekolah lama kembali berseri


Sesi persekolahan dah nak bermula. Persiapan untuk memulakan sesi persekolahan itu ada yang dibuat sejak awal lagi. Persediaan dari segi pakaian seragam, beg sekolah, buku-buku, alat tulis dan sebagainya.

Jika ada yang boleh dipakai semula, kita sambung guna lagi. Haa... dalam entri kali ini, saya nak berkongsi bagaimana menjadikan beg sekolah yang lama kembali berseri. Beg sekolah yang masih elok... cuma warnanya yang kelihatan pudar boleh diperbaharui. 

Pada tahun lepas, inilah yang saya buatkan untuk beg sekolah Lala. Jom! Tengok gambar kat bawah ni .......

Tarraa........


Haa.. bagaimana caranya supaya beg sekolah lama berseri-seri semula? Cara-caranya adalah......
1) Bersihkan beg sekolah tersebut
2) Warnakan atau lukis corak pada beg itu
(Corak dan lukisan apa terpulanglah pada anda... corak batik ke, doodle ke ... dan sebagainya)

Gunakan pen dan warna yang sesuai untuk fabrik bagi kesan yang kekal lama, boleh didapati di kedai-kedai buku dan alat tulis. 


Corak ni dah setahun bertakhta di beg ini


Terima kasih kerana sudi baca entri ini. 





Monday 31 October 2016

Sup Ikan Tenggiri NOXXA

Assalamualaikum

Dalam entri resepi yang lepas, saya dah kongsikan resepi ikan bakar NOXXA. Haa... kali ni saya nak kongsikan resepi mudah Sup ikan Tenggiri Noxxa pula.

Memasak menjadi lebih mudah dan jimat masa dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. Haa... yang paling 'best' bila bab nak basuh periuk. Senang tau nak basuh inner periuk Noxxa. Masaklah apa pun guna periuk noxxa, mudah je nak cuci.

Oklah, jom kita tengok apakah resepinya.......

SUP IKAN TENGGIRI NOXXA

Bahan-bahan:

- Ikan tenggiri (4-5 potong)
- lada hitam (ditumbuk)*
- ikan bilis (ditumbuk)*
- kunyit (ditumbuk)*
- halia (ditumbuk)*
- bawang merah (ditumbuk)*
- bawang putih (ditumbuk)*
- 1 batang serai (diketuk)
- sup bunjut
- garam (secukup rasa)
- air (secukupnya)

* bahan-bahan yg ditumbuk tu kalau anda nak kisar pun boleh


Cara-cara:

1) lada hitam, ikan bilis, kunyit, halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk. (nak kisar / blend pun boleh juga)
2) serai diketuk
3) masukkan semua bahan yang ditumbuk termasuk ikan, serai, sup bunjut, garam dan air ke dalam inner.
4) tutup tudung periuk. kemudian laraskan tombol ke titik pressure, tekan HP (HIGH PRESSURE), setkan 7 minit, lepas tu tekan ON (butang on/off yang berwarna merah tu)

Haa... kalau masak sup apa pun, bila dah habis masa tu, sebolehnya tunggu dulu sebelum release kan wap tu.




Selamat mencuba.
Terima kasih kerana baca entri ni.









Monday 26 September 2016

#MYCYBERSALE2016 @Bookcafe 26 - 30 September 2016

WOW! WOW! Menarik! Sangat menarik! Tawaran HEBAT lagi MENARIK yang ditawarkan ini jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jom shopping!

Thursday 8 September 2016

Ikan Bakar Noxxa

Assalamualaikum.

Entri kali ni, saya nak berkongsi resepi mudah ikan bakar. Ikan bakar ni dimasak dengan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. Cepat dan mudah.

Jomlah kita tengok apakah bahan-bahannya.

IKAN BAKAR NOXXA

Bahan-bahan:

- 3 ekor ikan cencaru (jumlah dan jenis ikan terpulang pada anda)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
- halia (dihiris)
- 4-5 helai daun bay
- serbuk kunyit
- garam (secukup rasa)

Cara-cara:

1) Perapkan ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa
2) Masukkan ikan ke dalam inner periuk Noxxa
3) Taburkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun bay di atas ikan.
4) Tutup periuk noxxa, halakan tombol ke pressure, tekan HP, setkan 7 minit, kemudian tekan ON.

Tadaa... inilah hasilnya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pengguna periuk NOXXA.
SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI INI.

Tuesday 12 July 2016

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua.

Mohon maaf seandainya ada salah dan silap.

Terima kasih kepada anda semua kerana melawat blog ini dan membaca penulisan saya.

Maaf zahir & batin




Monday 27 June 2016

Pizza homemade dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum

Salam Ramadhan.

Agak lama juga saya tak update entri resepi ni. Ok, untuk entri resepi kali ni, saya nak berkongsi resepi pizza homemade dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA.

Haa... saya bukanlah seorang pakar buat pizza. Saya belum pernah buat pizza sendiri. Inilah kali pertama saya membuat pizza homemade. Dan percubaan kali pertama saya membuat pizza dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA / ELECTRIC MULTIFUNCTION PRESSURE COOKER. Walaupun kali pertama membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan. Yang paling seronok dan mengujakan saya, bila Lala dan Asyraf sangat sukakannya.

Saya rujuk beberapa blog tentang cara nak buat pizza homemade dengan menggunakan periuk Noxxa ni. Terima kasih kepada blogger-blogger yang telah kongsikan resepi dan cara-cara nak buat pizza menggunakan periuk Noxxa ni. Sangat-sangat membantu saya yang masih baru dengan periuk ni.

Dengan menggunakan periuk tekanan multifungsi elektik Noxxa ni, aktiviti memasak menjadi lebih mudah, jimat masa dan sangat menyeronokkan.

Ok, jomlah kita tengok resepi dan cara-caranya.

Pizza Homemade dengan PERIUK NOXXA

Bahan-bahan doh:

- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mauripan
- 2 sudu besar marjerin (saya guna PLANTA)
- 2 sudu kecil garam
- lebih kurang 1 1/3 cawan air

Bahan-bahan topping:

- Tomato puri
- Bawang besar (dihiris)
- Carrot (diparut)
- Tomato (dihiris)
- Campuran keju mozzarella, cheddar dan parmesan (diparut)


Cara-cara buat doh:

1) gaul semua bahan. (Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak dah boleh gaul semua bahan tu dah kira boleh lah tu.)
2) rehatkan selama 30 minit
3) selepas itu, bahagikan doh, masukkan doh dalam inner dan kemudian ratakan doh dalam inner periuk tu.

***bahan-bahan untuk doh ni, saya dapat hasilkan 3 keping pizza. doh tu saya bahagikan 3 bahagian. Sebab kalau bahagi 2, nampak macam tebal pula. Masa bahagikan doh tu, saya agak-agak je, jadi pizza yg ke-3 tu agak kecil sikit.

Topping:

1) sapukan tomato puri dan taburkan bahan-bahan topping yang lain.

(Jika suka, Sebelum sapukan tomato puri tu, anda boleh letakkan sedikit garam untuk perasa. Tapi saya tak letak pun.
***Boleh juga nak taburkan oregano untuk rasa dan aroma yang lebih memikat. Tapi saya tak letak pun, sebab tak ada kat dapur saya masa tu...
Bahan-bahan untuk topping mengikut cita rasa masing-masing)

Selepas itu, halakan knob atau tombol ke steam, tekan butang STEAM, 7 minit, kemudian tekan butang merah ON/OFF.

Psstt... psst... jangan terkejut! nanti ada bunyi tau.... bunyi... tit...tit...tit....
(kalau drysteam dengan periuk noxxa ni, ada bunyi tit..tit.. tu. Jadi, abaikan je bunyi tu)
Tapi bila Lala dan Asyraf dengar bunyi tu,...amboi! Seronok betul mereka berdua ni, mereka siap menyanyi lagi....

Haa.... tarrraaaaaaa.... dah siap pun pizza homemade ni.

Bila nak keluarkan pizza ni dari periuk NOXXA, saya gunakan dua sudip di kiri dan kanan.


Senang, mudah dan cepat guna periuk NOXXA.


Selamat mencuba. 


Monday 6 June 2016

Salam Ramadan

Salam Ramadhan Al-Mubarak 

Selamat menjalani ibadah puasa

Sunday 8 May 2016

Doa untuk ibu bapa


DOA UNTUK IBU BAPA


" Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil"




Thursday 5 May 2016

Isra' & Mikraj

Assalamualaikum

Salam Isra' & Mikraj
(27 Rejab 1437H)


Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa pada hari ini. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Wednesday 30 March 2016

Don't give up!


SABAR. Jangan berputus asa. Teruskan berdoa. Teruskan berusaha. Kemudian, kita berserah segalanya kepada Allah.

Friday 25 March 2016

Buat homemade pasta dengan lebihan doh kulit karipap

Alamak! Doh kulit karipap ada lebih la. Inti karipap dah habis. Tak pe. Jangan risau. Anda takkan membazir. Doh kulit karipap yang lebih tu boleh dijadikan satu menu lain yang sangat sedap. Hah... menu apa?
 Je... jeng...... jennggggggggg!!!!!!!!!
           Taarrrrrrraaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa

HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa
Haaa... nampak sedap, kan? Nak tahu resepinya? Jomlah kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya. Sebelum itu, jika anda nak tahu cara buat kulit karipap, anda boleh klik di sini, CARA-CARA BUAT KULIT KARIPAP.

Anda dah tengok cara-cara buat kulit karipap? Ok, sekarang jom kita tengok bagaimana doh kulit karipap tu dijadikan pasta.

Cara-cara doh kulit karipap dijadikan PASTA:

1) Canaikan doh kulit karipap tu sehingga nipis, kemudian potong panjang-panjang. Saya guna pisau plastik yang wat potong kek tu je. Tapi, sebenarnya terpulang pada anda nak canai senipis mana pun yang suka.

2) Kemudian, panaskan air dalam periuk. Selepas air mendidih, bolehlah masukkan doh yang sudah dipotong panjang-panjang tadi. Bila nampak dah timbul tu, bolehlah di angkat dan ditoskan.

(Haa... beginilah rupanya selepas direbus dan ditoskan - seperti gambar di bawah)


Lepas tu, sejukkan. Dan kemudian, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun dan lepas tu kita ketepikan sekejap. Haa... lepas tu....Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat sosnya pula.

Bahan-bahan:

- minyak zaitun
- isi ayam
- bawang besar (dihiris halus)
- bawang putih (dicincang halus)
- lada benggala merah & hijau/ capsicum (dipotong kecil)
-serai
-daun limau purut
- tomato (dipotong kecil)
- carrot (dipotong dadu)
- tomato puri
- sos cili
- serbuk lada hitam
- cili padi (jika suka pedas)*
- garam (secukup rasa)
- gula (secukup rasa)

- pasta (doh kulit karipap yang telah direbus dan ditoskan, bila sejuk gaulkan dengan minyak zaitun)

- daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara:

1) Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
2) Masukkan bawang besar dan bawang putih dan lepas tu serai. Goreng sehingga naik bau.
3) Kemudian, masukkan isi ayam. (terpulang pada anda sekiranya nak guna daging kisar/ udang/ sotong)
4) Selepas itu, masukkan capsicum merah & hijau dan cili padi.
5) Kemudian, masukkan tomato puri dan sos cili. Kacau sebentar.
6) Masukkan carrot, tomato dan daun limau purut . Kacau.
7) Lepas tu, masukkan pasta (doh kulit karipap). Kacau sebati.
8) Masukkan garam dan gula secukup rasa
9) Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Lepas tu, tutupkan api. Sedia untuk dihidang. Bolehlah dihias dengan daun ketumbar.


....Selamat mencuba....
Masaklah dengan penuh kasih sayang.



___________________________________________
=====================================

_____________________________________________

karipap berinti kentang dan carrot

Assalamualaikum.
Hai....semua. Haa... entri resepi kali ini uMMiey nak kongsi resepi karipap. Karipap ni antara kuih kegemaran Lala dan Asyraf juga.

Haa......Jomlah kita tengok resepinya!

Bahan-bahan INTI KARIPAP:

3 biji kentang (dipotong dadu dan direbus sebentar)
1 batang carrot (diparut)*
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3-4 biji bawang putih (dicincang halus)
1 batang serai
kulit kayu manis*
bunga lawang*
bunga cengkih*
buah pelaga*
2 sudu serbuk kari
daun limau purut*
Minyak masak (untuk menumis)
- garam dan gula (secukup rasa)

(Yang bertanda ni maksudnya pilihan, terpulang kepada anda, samaada anda nak atau tak nak masukkan bahan tersebut dalam membuat inti karipap)

Cara-cara buat inti karipap (inti kentang dan carrot):

1) Rebuskan kentang yang telah dipotong dadu sebentar sahaja dan kemudian toskan. Ketepikan sekejap.

2) Panaskan minyak masak dalam kuali.

3) Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Goreng sebentar dan kemudian keluarkan daripada kuali. (Kita cuma nak ambil rasa dan bau sahaja).

4) Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga naik bau.

5) Masukkan serai, tumis sekejap.

6) Masukkan serbuk kari.

7) Setelah naik bau, masukkan kentang yang telah direbus terlebih awal tu. Gaul sebati.

8) Setelah itu, masukkan carrot.

9) Kemudian, masukkan daun limau purut.

10) Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

11) Dah siap. Sejukkan.



Haa.... bahan-bahan dan cara nak buat kulit karipap ni pula uMMiey rujuk di blog Cik Matahariku, cikmatahariku.blogspot.com . Terima kasih kepada Cik Matahari kerana berkongsi resepi karipap dan petua-petua yang sangat bermanfaat. Haa... jomlah kita tengok apakah bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kulit karipap ni.

Bahan-bahan KULIT KARIPAP:

- 500g Tepung gandum
- 2 senduk Mentega (panaskan untuk dicairkan)
- Air yang telah dilarutkan dengan garam

*(sukatan air bergantung kepada doh yang akan diuli)



Cara-cara buat KULIT KARIPAP:

1) Masukkan tepung gandum ke dalam bekas.

2) Kemudian, masukkan mentega yang yang telah dicairkan itu ketika masih panas lagi ke dalam tepung gandum. Kacau adunan dengan sudip terlebih dahulu kerana mentega cair tu masih panas. Setelah agak sejuk, adunan tadi bolehlah diuli dengan tangan.

3) Selepas itu, masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam sedikit demi sedikit sambil menguli adunan. Teruskan menguli sehingga adunan tidak melekit lagi di tangan. Setelah itu, biarkan seketika.

4) Uli sekali lagi. Kemudian, bulat-bulatkan doh. Setelah itu, canaikan doh untuk masukkan inti.

5) Terpulang pada anda sama ada mahu buat kelim sendiri atau menggunakan acuan.



Selepas dah siap masukkan inti, bolehlah digoreng. Menurut Cik Matahariku, antara petua untuk memastikan karipap yang digoreng rangup adalah menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. Selain daripada itu, karipap yang digoreng dalam kuali itu haruslah sentiasa dibalik-balikkan dan gunakanlah api sederhana. Jika guna api yang terlalu besar, kulit karipap hanya masak di luar sahaja dan kulit di bahagian dalamnya menjadi liat. Jadi, biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana agar kulit karipap di bahagian dalam juga masak.

Haa....Ternyata petua itu memang benar.




Pssst...pssst... Lepas siap masukkan inti karipap... alamak! Inti dah habis tapi doh kulit karipap masih ada. Haa.... jangan risau. Nak tau tak? Anda boleh jadikan satu menu lain yang sedap dengan lebihan doh kulit karipap tu.....
Je... je.... jenggggggghhhhh!!!!!!!!!!!

Taarrrrrrraaaaaaaa.....HOMEMADE PASTA!


Haaa... anda boleh buat homemade pasta! Nak tau tak macam mana?
Klik di sini HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa

Selamat mencuba ye.
Masaklah dengan penuh kasih sayang. 


Terima kasih sudi baca entri ini. 

Wednesday 23 March 2016

Demi masa

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)



Thursday 17 March 2016

kek butter coklat kukus tanpa telur

Hai,... kali ni uMMiey nak share resepi kek mudah dan sedap tanpa telur. Beberapa hari yang lalu, Lala dan Asyraf minta uMMiey buatkan kek. Hmmmm... telur tak ada pula. Jadi, uMMiey google la beberapa blog yang berkongsi resepi kek tanpa telur. Ada beberapa blog yang uMMiey intai. Terima kasih banyak-banyak ye kepada yang share resepi.

uMMiey mengolah daripada resepi-resepi yang diintai berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur. Jadi, jomlah kita tengok apakah resepinya....


KEK BUTTER COKLAT KUKUS TANPA TELUR

BAHAN-BAHAN:

250g butter
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko

CARA-CARA:

1) Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan seketika.
2) Butter, gula dan susu cair dimasukkan ke dalam blender. Kisar. Lepas tu, masukkan susu pekat dan esen vanila, kisar seketika.
Lepas tu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam tepung gandum yang telah di ayak tadi. Gaul sebati.
3) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bahagian tu. Gaul sebati.
4) Masukkan kedua-dua bahagian adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
5) Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.









.....Masaklah dengan penuh kasih sayang ye....
Selamat mencuba.



Terima kasih kerana sudi baca entri ini.



Wednesday 17 February 2016

Cerita di sebalik Keychain handmade Kak Ros

Kak Ros: Amboi! Amboi! Bahagianya buat sepah! Ish! Ish! Ish!

Hari ni,.. HARI MENGEMAS RUMAH! 

Upin: Alaa... Kenapa nak kemas rumah?

Bukannya raya!

Kak Ros: Eh, siapa kata kemas rumah waktu raya je? 

Upin: Akak!

Kak Ros: Dah! Buat sekarang! 

Upin: Akak ni, GARANG! Cuba cakap baik-baik.

Kak Ros: Akak nak tengok bersih. Kalau sepah lagi... akak vakum semua dengan korang-korang sekali! Ha!Ha!Ha!"

Haa.. garang tak kak Ros? Inilah sebahagian daripada dialog antara Kak Ros dengan Upin dalam Kartun popular, UPIN DAN IPIN. Bukan kanak-kanak je yang gemar menonton UPIN DAN IPIN ni, orang dewasa pun gemar juga. Lala dan Asyraf suka sangat menonton UPIN DAN IPIN ni. Termasuklah uMMiey dan Abah Ala juga.
Walaupun di ulang siaran banyak kali pun, tetap tak jemu menontonnya. Selain menonton kat tv, kami tonton kat youtube juga. Selain daripada itu, kami tidak ketinggalan juga mendapatkan majalah UPIN DAN IPIN.


Haa.... uMMiey minat sangat melukis. Pada suatu hari tu, ‘terrr...lukis‘ gambar Kak Ros. Lepas ‘terrrlukis‘,.. ‘tergunting‘ pula. Lepas tu,......
‘terhasillah‘ keychain KAK ROS handmade ni.
Nah! Inilah dia..... jeng...jeng....jeng!


Psst! Psst! Nak tau tak? Tahu apa? Haa... bermula dengan membuat KEYCHAIN KAK ROS HANDMADE ni, uMMiey mula berminat untuk membuat keychain-keychain yang lain. Antaranya yang ini (seperti dalam gambar di bawah):



Bermula daripada sinilah, keychain handmade uMMiey ada yang berminat untuk menempahnya. Terima kasih kepada saudara kembarku yang menjadi orang pertama yang order dan sentiasa memberi 'support' dan semangat.

Nak tau keychain apa lagi? Jom like facebook
Galeri Ummiey Ala
Jom follow instagram Galeri Ummiey Ala

Masjid Ulul Albab @ Masjid Kayu



Masjid Ulul Albab @ Masjid Kayu
Seberang Jerteh, Besut, Terengganu


Masjid Ulul Albab @ Masjid Kayu, 
Seberang Jertih, Besut, Terengganu. Masjid yang dibina dengan senibina Melayu, 80% dari keseluruhan binaannya menggunakan kayu. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada 24 Februari 2012 yang terletak berhampiran sempadan negeri Terengganu - Kelantan. 





Saturday 13 February 2016

Jom berzikir


Syukur. Alhamdulillah.
Walaupun masih kecil, uMMiey selalu mendengar Asyraf mengalunkan zikir, berselawat, asmaul husna dan bernasyid erti Al-fatihah. Tatkala dia bermain, dia berselawat, dia berzikir. Walaupun kadang-kadang ada perkataan yang dia belum sebut dengan betul. Namun, tersentuh sangat hati kecilku.

Anak-anak kecil ni mudah meniru apa yang didengar dan dilihatnya. Peringatan untuk diriku sendiri sebagai ibu untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan.

uMMiey kongsikan salah satu videonya. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye. Jom berzikir!

Wednesday 3 February 2016

Koleksi Happy Birthday wishes





Ini antara koleksi grafik yang uMMiey design. Sekiranya anda nak download dan forward kan untuk wish birthday kepada seseorang, dipersilakan.

#sharingiscaring

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Sunday 24 January 2016

Koleksi mutiara kata Senyum

Senyumlah

Bila rasa nak marah, cuba SENYUM!
Bila senyum, jadi tak marah? Marah tak jadi, kan? Tak jadi marah, kan? Kan?

Ada tak yang marah tengah senyum? Hmmm.. kalau ada pun ‘marah-marah sayang‘ la kot.... he.... he....

Jadi, jomlah SENYUM!
Banyakkan beristighfar, berzikir dan berselawat.


Senyum kerana Allah.
Senyum itu sedekah.


Psst... psst... semua ni sebenarnya peringatan untuk diri uMMiey sendiri. Tapi mudah-mudahan semoga bermanfaat untuk anda semua juga ye.

Salam Ukhuwah

Terima kasih sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***
#uMMieyaLa

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************


Friday 22 January 2016

Doa keluar rumah

             


Dengan nama Allah aku berserah diri kepada Allah
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah





Wednesday 20 January 2016

Happy birthday wishes

Hai,

Pstt... pstt.... uMMiey nak buat pengakuan ni... haa... pengakuan apa?.. uMMiey suka sangat melukis dan design grafik.

Makanya, hasil gabungan lukisan dan edit gambar terhasillah ini.......


Sesiapa yang nak download dan nak ucapkan selamat hari lahir, silakan.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Thursday 14 January 2016

Sabar

Assalamualaikum,

entri kali ni uMMiey nak share lukisan uMMiey disertakan dengan mutiara kata sabar.


**ilustrasi dari uMMiey aLa
**mutiara kata dari sumber google


******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Tuesday 5 January 2016

Santai

Ha.. ha... ha...
Eh! Kenape belum cerita apa-apa tapi uMMiey dah tergelak ni?.. Haa... anda pernah tak tersenyum atau tergelak 'sorang-sorang' jika teringatkan sesuatu yang mencuit hati? Tentu pernah, kan?

Sama la dengan uMMiey. Saat bersama LaLa bila menonton tv. Masa tu dia berumur 4 tahun lagi.

Ehem... ehem... Nak tau tak apa yang mencuit hati tu? uMMiey lakarkan dalam komik ni... dah lama dah siapkan komik ni, cuma baru sekarang dapat update kat blog.

Haa.... jomlah baca.....


He.. he....

Oklah. Tata. Terima kasih sudi baca entri ini.

*****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************