Friday 25 March 2016

Buat homemade pasta dengan lebihan doh kulit karipap

Alamak! Doh kulit karipap ada lebih la. Inti karipap dah habis. Tak pe. Jangan risau. Anda takkan membazir. Doh kulit karipap yang lebih tu boleh dijadikan satu menu lain yang sangat sedap. Hah... menu apa?
 Je... jeng...... jennggggggggg!!!!!!!!!
           Taarrrrrrraaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa

HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa
Haaa... nampak sedap, kan? Nak tahu resepinya? Jomlah kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya. Sebelum itu, jika anda nak tahu cara buat kulit karipap, anda boleh klik di sini, CARA-CARA BUAT KULIT KARIPAP.

Anda dah tengok cara-cara buat kulit karipap? Ok, sekarang jom kita tengok bagaimana doh kulit karipap tu dijadikan pasta.

Cara-cara doh kulit karipap dijadikan PASTA:

1) Canaikan doh kulit karipap tu sehingga nipis, kemudian potong panjang-panjang. Saya guna pisau plastik yang wat potong kek tu je. Tapi, sebenarnya terpulang pada anda nak canai senipis mana pun yang suka.

2) Kemudian, panaskan air dalam periuk. Selepas air mendidih, bolehlah masukkan doh yang sudah dipotong panjang-panjang tadi. Bila nampak dah timbul tu, bolehlah di angkat dan ditoskan.

(Haa... beginilah rupanya selepas direbus dan ditoskan - seperti gambar di bawah)


Lepas tu, sejukkan. Dan kemudian, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun dan lepas tu kita ketepikan sekejap. Haa... lepas tu....Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat sosnya pula.

Bahan-bahan:

- minyak zaitun
- isi ayam
- bawang besar (dihiris halus)
- bawang putih (dicincang halus)
- lada benggala merah & hijau/ capsicum (dipotong kecil)
-serai
-daun limau purut
- tomato (dipotong kecil)
- carrot (dipotong dadu)
- tomato puri
- sos cili
- serbuk lada hitam
- cili padi (jika suka pedas)*
- garam (secukup rasa)
- gula (secukup rasa)

- pasta (doh kulit karipap yang telah direbus dan ditoskan, bila sejuk gaulkan dengan minyak zaitun)

- daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara:

1) Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
2) Masukkan bawang besar dan bawang putih dan lepas tu serai. Goreng sehingga naik bau.
3) Kemudian, masukkan isi ayam. (terpulang pada anda sekiranya nak guna daging kisar/ udang/ sotong)
4) Selepas itu, masukkan capsicum merah & hijau dan cili padi.
5) Kemudian, masukkan tomato puri dan sos cili. Kacau sebentar.
6) Masukkan carrot, tomato dan daun limau purut . Kacau.
7) Lepas tu, masukkan pasta (doh kulit karipap). Kacau sebati.
8) Masukkan garam dan gula secukup rasa
9) Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Lepas tu, tutupkan api. Sedia untuk dihidang. Bolehlah dihias dengan daun ketumbar.


....Selamat mencuba....
Masaklah dengan penuh kasih sayang.



___________________________________________
=====================================

_____________________________________________

1 comment: