Wednesday 30 March 2016

Don't give up!


SABAR. Jangan berputus asa. Teruskan berdoa. Teruskan berusaha. Kemudian, kita berserah segalanya kepada Allah.

Friday 25 March 2016

Buat homemade pasta dengan lebihan doh kulit karipap

Alamak! Doh kulit karipap ada lebih la. Inti karipap dah habis. Tak pe. Jangan risau. Anda takkan membazir. Doh kulit karipap yang lebih tu boleh dijadikan satu menu lain yang sangat sedap. Hah... menu apa?
 Je... jeng...... jennggggggggg!!!!!!!!!
           Taarrrrrrraaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa

HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa
Haaa... nampak sedap, kan? Nak tahu resepinya? Jomlah kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya. Sebelum itu, jika anda nak tahu cara buat kulit karipap, anda boleh klik di sini, CARA-CARA BUAT KULIT KARIPAP.

Anda dah tengok cara-cara buat kulit karipap? Ok, sekarang jom kita tengok bagaimana doh kulit karipap tu dijadikan pasta.

Cara-cara doh kulit karipap dijadikan PASTA:

1) Canaikan doh kulit karipap tu sehingga nipis, kemudian potong panjang-panjang. Saya guna pisau plastik yang wat potong kek tu je. Tapi, sebenarnya terpulang pada anda nak canai senipis mana pun yang suka.

2) Kemudian, panaskan air dalam periuk. Selepas air mendidih, bolehlah masukkan doh yang sudah dipotong panjang-panjang tadi. Bila nampak dah timbul tu, bolehlah di angkat dan ditoskan.

(Haa... beginilah rupanya selepas direbus dan ditoskan - seperti gambar di bawah)


Lepas tu, sejukkan. Dan kemudian, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun dan lepas tu kita ketepikan sekejap. Haa... lepas tu....Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat sosnya pula.

Bahan-bahan:

- minyak zaitun
- isi ayam
- bawang besar (dihiris halus)
- bawang putih (dicincang halus)
- lada benggala merah & hijau/ capsicum (dipotong kecil)
-serai
-daun limau purut
- tomato (dipotong kecil)
- carrot (dipotong dadu)
- tomato puri
- sos cili
- serbuk lada hitam
- cili padi (jika suka pedas)*
- garam (secukup rasa)
- gula (secukup rasa)

- pasta (doh kulit karipap yang telah direbus dan ditoskan, bila sejuk gaulkan dengan minyak zaitun)

- daun ketumbar (untuk hiasan)

Cara-cara:

1) Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
2) Masukkan bawang besar dan bawang putih dan lepas tu serai. Goreng sehingga naik bau.
3) Kemudian, masukkan isi ayam. (terpulang pada anda sekiranya nak guna daging kisar/ udang/ sotong)
4) Selepas itu, masukkan capsicum merah & hijau dan cili padi.
5) Kemudian, masukkan tomato puri dan sos cili. Kacau sebentar.
6) Masukkan carrot, tomato dan daun limau purut . Kacau.
7) Lepas tu, masukkan pasta (doh kulit karipap). Kacau sebati.
8) Masukkan garam dan gula secukup rasa
9) Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Lepas tu, tutupkan api. Sedia untuk dihidang. Bolehlah dihias dengan daun ketumbar.


....Selamat mencuba....
Masaklah dengan penuh kasih sayang.



___________________________________________
=====================================

_____________________________________________

karipap berinti kentang dan carrot

Assalamualaikum.
Hai....semua. Haa... entri resepi kali ini uMMiey nak kongsi resepi karipap. Karipap ni antara kuih kegemaran Lala dan Asyraf juga.

Haa......Jomlah kita tengok resepinya!

Bahan-bahan INTI KARIPAP:

3 biji kentang (dipotong dadu dan direbus sebentar)
1 batang carrot (diparut)*
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3-4 biji bawang putih (dicincang halus)
1 batang serai
kulit kayu manis*
bunga lawang*
bunga cengkih*
buah pelaga*
2 sudu serbuk kari
daun limau purut*
Minyak masak (untuk menumis)
- garam dan gula (secukup rasa)

(Yang bertanda ni maksudnya pilihan, terpulang kepada anda, samaada anda nak atau tak nak masukkan bahan tersebut dalam membuat inti karipap)

Cara-cara buat inti karipap (inti kentang dan carrot):

1) Rebuskan kentang yang telah dipotong dadu sebentar sahaja dan kemudian toskan. Ketepikan sekejap.

2) Panaskan minyak masak dalam kuali.

3) Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Goreng sebentar dan kemudian keluarkan daripada kuali. (Kita cuma nak ambil rasa dan bau sahaja).

4) Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga naik bau.

5) Masukkan serai, tumis sekejap.

6) Masukkan serbuk kari.

7) Setelah naik bau, masukkan kentang yang telah direbus terlebih awal tu. Gaul sebati.

8) Setelah itu, masukkan carrot.

9) Kemudian, masukkan daun limau purut.

10) Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

11) Dah siap. Sejukkan.



Haa.... bahan-bahan dan cara nak buat kulit karipap ni pula uMMiey rujuk di blog Cik Matahariku, cikmatahariku.blogspot.com . Terima kasih kepada Cik Matahari kerana berkongsi resepi karipap dan petua-petua yang sangat bermanfaat. Haa... jomlah kita tengok apakah bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kulit karipap ni.

Bahan-bahan KULIT KARIPAP:

- 500g Tepung gandum
- 2 senduk Mentega (panaskan untuk dicairkan)
- Air yang telah dilarutkan dengan garam

*(sukatan air bergantung kepada doh yang akan diuli)



Cara-cara buat KULIT KARIPAP:

1) Masukkan tepung gandum ke dalam bekas.

2) Kemudian, masukkan mentega yang yang telah dicairkan itu ketika masih panas lagi ke dalam tepung gandum. Kacau adunan dengan sudip terlebih dahulu kerana mentega cair tu masih panas. Setelah agak sejuk, adunan tadi bolehlah diuli dengan tangan.

3) Selepas itu, masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam sedikit demi sedikit sambil menguli adunan. Teruskan menguli sehingga adunan tidak melekit lagi di tangan. Setelah itu, biarkan seketika.

4) Uli sekali lagi. Kemudian, bulat-bulatkan doh. Setelah itu, canaikan doh untuk masukkan inti.

5) Terpulang pada anda sama ada mahu buat kelim sendiri atau menggunakan acuan.



Selepas dah siap masukkan inti, bolehlah digoreng. Menurut Cik Matahariku, antara petua untuk memastikan karipap yang digoreng rangup adalah menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. Selain daripada itu, karipap yang digoreng dalam kuali itu haruslah sentiasa dibalik-balikkan dan gunakanlah api sederhana. Jika guna api yang terlalu besar, kulit karipap hanya masak di luar sahaja dan kulit di bahagian dalamnya menjadi liat. Jadi, biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana agar kulit karipap di bahagian dalam juga masak.

Haa....Ternyata petua itu memang benar.




Pssst...pssst... Lepas siap masukkan inti karipap... alamak! Inti dah habis tapi doh kulit karipap masih ada. Haa.... jangan risau. Nak tau tak? Anda boleh jadikan satu menu lain yang sedap dengan lebihan doh kulit karipap tu.....
Je... je.... jenggggggghhhhh!!!!!!!!!!!

Taarrrrrrraaaaaaaa.....HOMEMADE PASTA!


Haaa... anda boleh buat homemade pasta! Nak tau tak macam mana?
Klik di sini HOMEMADE PASTA CITARASA uMMiey aLa

Selamat mencuba ye.
Masaklah dengan penuh kasih sayang. 


Terima kasih sudi baca entri ini. 

Wednesday 23 March 2016

Demi masa

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)



Thursday 17 March 2016

kek butter coklat kukus tanpa telur

Hai,... kali ni uMMiey nak share resepi kek mudah dan sedap tanpa telur. Beberapa hari yang lalu, Lala dan Asyraf minta uMMiey buatkan kek. Hmmmm... telur tak ada pula. Jadi, uMMiey google la beberapa blog yang berkongsi resepi kek tanpa telur. Ada beberapa blog yang uMMiey intai. Terima kasih banyak-banyak ye kepada yang share resepi.

uMMiey mengolah daripada resepi-resepi yang diintai berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur. Jadi, jomlah kita tengok apakah resepinya....


KEK BUTTER COKLAT KUKUS TANPA TELUR

BAHAN-BAHAN:

250g butter
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko

CARA-CARA:

1) Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan seketika.
2) Butter, gula dan susu cair dimasukkan ke dalam blender. Kisar. Lepas tu, masukkan susu pekat dan esen vanila, kisar seketika.
Lepas tu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam tepung gandum yang telah di ayak tadi. Gaul sebati.
3) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bahagian tu. Gaul sebati.
4) Masukkan kedua-dua bahagian adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
5) Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.









.....Masaklah dengan penuh kasih sayang ye....
Selamat mencuba.



Terima kasih kerana sudi baca entri ini.