Thursday 25 June 2015

Kek Kurma Kukus

Assalamualaikum.

Dalam entri resepi kali ini uMMiey nak berkongsi resepi Kek Kurma Kukus. Bahan dalam kek ini menggunakan salah satu makanan sunnah iaitu kurma. Kurma banyak khasiatnya.

uMMiey telah cuba resepi ini pada minggu lepas. Alhamdulillah. Rasa sedap juga.
Komen daripada Ala (Asyraf dan LaLa)....
Asyraf,"..dap, dap". ...
LaLa,"....sedap, umi".

Haa.... Nak tahu betul sedap ke tidak ... Cubalah resepi ini. Jomlah kita tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
5-7 kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan lagi, terpulang pada anda)
4 biji telur ( tapi uMMiey guna sebiji je sebab dalam peti cuma ada sebiji sahaja.... Uhuk...huk..huk)
1 cawan minyak / mentega (uMMiey guna minyak )
1/2 cawan santan*
1/2 cawan air masak*

(*kalau tak nak guna santan boleh digantikan dengan 1 cawan susu cair. Air masak tak payah masuklah kalau nak guna susu cair)

Cara-cara:
1) Didihkan air dalam periuk pengukus.
2) Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder
3) Masukkan kurma yang telah dibuang biji dan dipotong kecil-kecil ke dalam bekas berisi tepung yang telah di ayak tadi.
4) dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul sekali lagi sehingga kembang.
5) Selepas itu, masukkan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi ke dalam adunan tepung. Masukkan santan, air dan minyak. Gaul sebati.
6) Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega atau minyak.
7) Kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.




Selamat mencuba resepi ini.
Masaklah dengan penuh kasih sayang.

****************************************

**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan


RELATED POST



2 comments: