Saturday 29 August 2015

Kek Oren kukus

Assalamualaikum.

Hai, masih tercari-cari menu petang? Apa kata jom cuba resepi kek cawan oren kukus ni. Beberapa hari yang lalu, uMMiey buatkan kek cawan mini oren kukus ni untuk keluarga. Alhamdulillah. Mereka suka. Terutamanya Lala dan Asyraf. Resepi ini uMMiey rujuk daripada beberapa blog dan mengolahnya sedikit.

Jom kita lihat apakah bahan-bahannya.

Kek Oren Kukus (Cupcake)

Bahan-bahan:
2 Cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
1/2 cawan gula
2 sudu besar perisa oren Sunquick
1 cawan susu cair
2-5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak

Cara-cara
1) Didihkan air dalam periuk pengukus
2) Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder
3) Selepas itu, susu pekat dilarutkan terlebih dahulu bersama susu cair dan perisa Oren Sunquick, setelah larut masukkan minyak pula.
4) Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan pukul sekali lagi sehingga kembang.
5) Setelah itu, masukkan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi ke dalam campuran susu dan minyak. Masukkan pula tepung yang telah diayak. Gaul sebati.
6) Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam acuan / acuan cawan kertas.
7) Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.





Selamat mencuba ye. Masaklah dengan penuh kasih sayang.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
*** uMMiey aLa ***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan











No comments:

Post a Comment