Salam Ramadhan.
Agak lama juga saya tak update entri resepi ni. Ok, untuk entri resepi kali ni, saya nak berkongsi resepi pizza homemade dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA.
Haa... saya bukanlah seorang pakar buat pizza. Saya belum pernah buat pizza sendiri. Inilah kali pertama saya membuat pizza homemade. Dan percubaan kali pertama saya membuat pizza dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA / ELECTRIC MULTIFUNCTION PRESSURE COOKER. Walaupun kali pertama membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan. Yang paling seronok dan mengujakan saya, bila Lala dan Asyraf sangat sukakannya.
Saya rujuk beberapa blog tentang cara nak buat pizza homemade dengan menggunakan periuk Noxxa ni. Terima kasih kepada blogger-blogger yang telah kongsikan resepi dan cara-cara nak buat pizza menggunakan periuk Noxxa ni. Sangat-sangat membantu saya yang masih baru dengan periuk ni.
Dengan menggunakan periuk tekanan multifungsi elektik Noxxa ni, aktiviti memasak menjadi lebih mudah, jimat masa dan sangat menyeronokkan.
Ok, jomlah kita tengok resepi dan cara-caranya.
Pizza Homemade dengan PERIUK NOXXA
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mauripan
- 2 sudu besar marjerin (saya guna PLANTA)
- 2 sudu kecil garam
- lebih kurang 1 1/3 cawan air
Bahan-bahan topping:
- Tomato puri
- Bawang besar (dihiris)
- Carrot (diparut)
- Tomato (dihiris)
- Campuran keju mozzarella, cheddar dan parmesan (diparut)
Cara-cara buat doh:
1) gaul semua bahan. (Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak dah boleh gaul semua bahan tu dah kira boleh lah tu.)
2) rehatkan selama 30 minit
3) selepas itu, bahagikan doh, masukkan doh dalam inner dan kemudian ratakan doh dalam inner periuk tu.
***bahan-bahan untuk doh ni, saya dapat hasilkan 3 keping pizza. doh tu saya bahagikan 3 bahagian. Sebab kalau bahagi 2, nampak macam tebal pula. Masa bahagikan doh tu, saya agak-agak je, jadi pizza yg ke-3 tu agak kecil sikit.
Topping:
1) sapukan tomato puri dan taburkan bahan-bahan topping yang lain.
(Jika suka, Sebelum sapukan tomato puri tu, anda boleh letakkan sedikit garam untuk perasa. Tapi saya tak letak pun.
***Boleh juga nak taburkan oregano untuk rasa dan aroma yang lebih memikat. Tapi saya tak letak pun, sebab tak ada kat dapur saya masa tu...
Bahan-bahan untuk topping mengikut cita rasa masing-masing)
Selepas itu, halakan knob atau tombol ke steam, tekan butang STEAM, 7 minit, kemudian tekan butang merah ON/OFF.
Psstt... psst... jangan terkejut! nanti ada bunyi tau.... bunyi... tit...tit...tit....
(kalau drysteam dengan periuk noxxa ni, ada bunyi tit..tit.. tu. Jadi, abaikan je bunyi tu)
Tapi bila Lala dan Asyraf dengar bunyi tu,...amboi! Seronok betul mereka berdua ni, mereka siap menyanyi lagi....
Haa.... tarrraaaaaaa.... dah siap pun pizza homemade ni.
Bila nak keluarkan pizza ni dari periuk NOXXA, saya gunakan dua sudip di kiri dan kanan.
Senang, mudah dan cepat guna periuk NOXXA.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment