Showing posts with label noxxa. Show all posts
Showing posts with label noxxa. Show all posts

Saturday, 14 January 2017

Bubur pulut hitam Noxxa

Salam sejahtera

Entri kali ini saya nak berkongsi resepi bubur pula. Bubur apa?

Tarraaa......

BUBUR PULUT HITAM NOXXA


Haa.... Bubur pulut hitam ni saya masak menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. 

Jomlah kita tengok apakah resepinya...

Bahan-bahan:

- 2 cawan beras pulut
- 5 cawan air 
- 3 cawan air masak
- 1 atau 2 helai daun pandan
- 400 ml santan
- 2 keping nise / gula melaka
- sedikit garam


Ok. Lepas dah sediakan bahan-bahan tu, jom tengok cara-cara nak masak pula.

Cara-cara:

1) Rendamkan beras pulut hitam selama 30 minit dan toskan

2) Masukkan beras pulut hitam, 5 cawan air dan daun pandan ke dalam inner

3) tutupkan periuk, laraskan tombol ke titik pressure, tekan HP, setkan 35 minit

4) lepas dah habis masa, tunggu dulu, kemudian barulah release wap. Nak release kan wap tu laraskan tombol ke titik steam. Lepas tu, tekan OFF (butang merah)

5) buka tudung periuk, lepas tu masukkan santan, nise, sedikit garam dan 3 cawan air masak. ( sebenarnya kuantiti air ni terpulang pada citarasa anda...suka kuah pekat ke cair ke, bolehlah kurangkan atau lebihkan air tu ye)

6) lepas tu, tekan stir fry, stir fry sekejap, tekan OFF.



Haa... inilah 'nise'. Di Kelantan dipanggil 'nise'. Nise ni diperbuat daripada nira.


Terima kasih kerana sudi baca entri ini.
Selamat mencuba.






Monday, 31 October 2016

Sup Ikan Tenggiri NOXXA

Assalamualaikum

Dalam entri resepi yang lepas, saya dah kongsikan resepi ikan bakar NOXXA. Haa... kali ni saya nak kongsikan resepi mudah Sup ikan Tenggiri Noxxa pula.

Memasak menjadi lebih mudah dan jimat masa dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. Haa... yang paling 'best' bila bab nak basuh periuk. Senang tau nak basuh inner periuk Noxxa. Masaklah apa pun guna periuk noxxa, mudah je nak cuci.

Oklah, jom kita tengok apakah resepinya.......

SUP IKAN TENGGIRI NOXXA

Bahan-bahan:

- Ikan tenggiri (4-5 potong)
- lada hitam (ditumbuk)*
- ikan bilis (ditumbuk)*
- kunyit (ditumbuk)*
- halia (ditumbuk)*
- bawang merah (ditumbuk)*
- bawang putih (ditumbuk)*
- 1 batang serai (diketuk)
- sup bunjut
- garam (secukup rasa)
- air (secukupnya)

* bahan-bahan yg ditumbuk tu kalau anda nak kisar pun boleh


Cara-cara:

1) lada hitam, ikan bilis, kunyit, halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk. (nak kisar / blend pun boleh juga)
2) serai diketuk
3) masukkan semua bahan yang ditumbuk termasuk ikan, serai, sup bunjut, garam dan air ke dalam inner.
4) tutup tudung periuk. kemudian laraskan tombol ke titik pressure, tekan HP (HIGH PRESSURE), setkan 7 minit, lepas tu tekan ON (butang on/off yang berwarna merah tu)

Haa... kalau masak sup apa pun, bila dah habis masa tu, sebolehnya tunggu dulu sebelum release kan wap tu.




Selamat mencuba.
Terima kasih kerana baca entri ni.









Thursday, 8 September 2016

Ikan Bakar Noxxa

Assalamualaikum.

Entri kali ni, saya nak berkongsi resepi mudah ikan bakar. Ikan bakar ni dimasak dengan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. Cepat dan mudah.

Jomlah kita tengok apakah bahan-bahannya.

IKAN BAKAR NOXXA

Bahan-bahan:

- 3 ekor ikan cencaru (jumlah dan jenis ikan terpulang pada anda)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
- halia (dihiris)
- 4-5 helai daun bay
- serbuk kunyit
- garam (secukup rasa)

Cara-cara:

1) Perapkan ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa
2) Masukkan ikan ke dalam inner periuk Noxxa
3) Taburkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun bay di atas ikan.
4) Tutup periuk noxxa, halakan tombol ke pressure, tekan HP, setkan 7 minit, kemudian tekan ON.

Tadaa... inilah hasilnya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pengguna periuk NOXXA.
SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI INI.

Monday, 27 June 2016

Pizza homemade dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum

Salam Ramadhan.

Agak lama juga saya tak update entri resepi ni. Ok, untuk entri resepi kali ni, saya nak berkongsi resepi pizza homemade dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA.

Haa... saya bukanlah seorang pakar buat pizza. Saya belum pernah buat pizza sendiri. Inilah kali pertama saya membuat pizza homemade. Dan percubaan kali pertama saya membuat pizza dengan menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA / ELECTRIC MULTIFUNCTION PRESSURE COOKER. Walaupun kali pertama membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan. Yang paling seronok dan mengujakan saya, bila Lala dan Asyraf sangat sukakannya.

Saya rujuk beberapa blog tentang cara nak buat pizza homemade dengan menggunakan periuk Noxxa ni. Terima kasih kepada blogger-blogger yang telah kongsikan resepi dan cara-cara nak buat pizza menggunakan periuk Noxxa ni. Sangat-sangat membantu saya yang masih baru dengan periuk ni.

Dengan menggunakan periuk tekanan multifungsi elektik Noxxa ni, aktiviti memasak menjadi lebih mudah, jimat masa dan sangat menyeronokkan.

Ok, jomlah kita tengok resepi dan cara-caranya.

Pizza Homemade dengan PERIUK NOXXA

Bahan-bahan doh:

- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar mauripan
- 2 sudu besar marjerin (saya guna PLANTA)
- 2 sudu kecil garam
- lebih kurang 1 1/3 cawan air

Bahan-bahan topping:

- Tomato puri
- Bawang besar (dihiris)
- Carrot (diparut)
- Tomato (dihiris)
- Campuran keju mozzarella, cheddar dan parmesan (diparut)


Cara-cara buat doh:

1) gaul semua bahan. (Masukkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak dah boleh gaul semua bahan tu dah kira boleh lah tu.)
2) rehatkan selama 30 minit
3) selepas itu, bahagikan doh, masukkan doh dalam inner dan kemudian ratakan doh dalam inner periuk tu.

***bahan-bahan untuk doh ni, saya dapat hasilkan 3 keping pizza. doh tu saya bahagikan 3 bahagian. Sebab kalau bahagi 2, nampak macam tebal pula. Masa bahagikan doh tu, saya agak-agak je, jadi pizza yg ke-3 tu agak kecil sikit.

Topping:

1) sapukan tomato puri dan taburkan bahan-bahan topping yang lain.

(Jika suka, Sebelum sapukan tomato puri tu, anda boleh letakkan sedikit garam untuk perasa. Tapi saya tak letak pun.
***Boleh juga nak taburkan oregano untuk rasa dan aroma yang lebih memikat. Tapi saya tak letak pun, sebab tak ada kat dapur saya masa tu...
Bahan-bahan untuk topping mengikut cita rasa masing-masing)

Selepas itu, halakan knob atau tombol ke steam, tekan butang STEAM, 7 minit, kemudian tekan butang merah ON/OFF.

Psstt... psst... jangan terkejut! nanti ada bunyi tau.... bunyi... tit...tit...tit....
(kalau drysteam dengan periuk noxxa ni, ada bunyi tit..tit.. tu. Jadi, abaikan je bunyi tu)
Tapi bila Lala dan Asyraf dengar bunyi tu,...amboi! Seronok betul mereka berdua ni, mereka siap menyanyi lagi....

Haa.... tarrraaaaaaa.... dah siap pun pizza homemade ni.

Bila nak keluarkan pizza ni dari periuk NOXXA, saya gunakan dua sudip di kiri dan kanan.


Senang, mudah dan cepat guna periuk NOXXA.


Selamat mencuba.