Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts

Monday, 22 May 2017

Ikan Bawal Masak Gulai

Ikan bawal nak masak apa ye? Hmmmm.... Teringin nak makan gulai lah pula.... Lagipun Lala suka makan gulai terutamanya masak gulai kuning. Tengok bahan- bahan yang  ada kat dapur dan dalam peti sejuk, akhirnya muktamad ....... Bila ikan bawal bertemu periuk, maka jadilah Ikan Bawal Masak Gulai 


Haa... jomlah kita tengok resepinya......

Ikan Bawal Masak Gulai

Bahan-bahan:

2ekor ikan bawal
1 biji bawang besar (dikisar)
4-6 ulas bawang putih (dikisar)
Halia (dikisar)
Kunyit (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit lada hitam (dikisar)
2 biji lada besar (dihiris)
6 helai daun limau purut
1 sudu pes asam jawa
200 ml santan
Sedikit 'nise' / gula melaka
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai dan lada hitam. Ketepikan seketika.
2) Masukkan air secukupnya dalam periuk dan kemudian masukkan bahan- bahan yang dikisar tadi. Didihkan seketika.
3) Seterusnya masukkan ikan bawal.
4) Kemudian, masukkan lada besar dyang dihiris dan daun limau purut yang dikoyak-koyakkan sedikit.
5) Selepas itu, masukkan asam jawa.
6) Masukkan pula santan, 'nise' dan garam secukup rasa.

Dah siap! Tarraaaaa..........
Ikan bawal masak gulai

Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca entri ini.


Thursday, 8 September 2016

Ikan Bakar Noxxa

Assalamualaikum.

Entri kali ni, saya nak berkongsi resepi mudah ikan bakar. Ikan bakar ni dimasak dengan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. Cepat dan mudah.

Jomlah kita tengok apakah bahan-bahannya.

IKAN BAKAR NOXXA

Bahan-bahan:

- 3 ekor ikan cencaru (jumlah dan jenis ikan terpulang pada anda)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
- halia (dihiris)
- 4-5 helai daun bay
- serbuk kunyit
- garam (secukup rasa)

Cara-cara:

1) Perapkan ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa
2) Masukkan ikan ke dalam inner periuk Noxxa
3) Taburkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun bay di atas ikan.
4) Tutup periuk noxxa, halakan tombol ke pressure, tekan HP, setkan 7 minit, kemudian tekan ON.

Tadaa... inilah hasilnya.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pengguna periuk NOXXA.
SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI INI.