Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Monday, 10 July 2017

DIY Penanda Buku : Sampul Raya dibuat penanda buku

Dah lama tak update entri. Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon dimaafkan seandainya ada salah silap dan khilaf sepanjang saya menulis di blog ini.  Maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca coretan terjemahan bicara hati di blog ini.

Ok, berbalik kepada tajuk entri saya kali ini. Haa ..... sampul raya dibuat penanda buku. Sampul raya banyak yang cantik. Sayang kan kalau dibuang?..... Isi dalam sampul tu sudah tentu bermanfaat ... kan? ....kan?

Haa ... apa kata jom kita jadikan pemberian seseorang itu lebih bermanfaat. Jom kita buat sampul raya sebagai penanda buku. Lebih seronok lagi ... jom ajak anak-anak atau adik-adik buat penanda buku ini bersama-sama.

Haa ... senang saja caranya. Sebelum tu, jom kita tengok apa yang kita perlukan untuk membuat penanda buku sampul raya ni...

- Sampul raya
- Reben
- Penebuk lubang
- Gunting



Cara-cara:

1) Tebuk lubang pada sampul raya dengan menggunakan penebuk lubang
2) Guntingkan reben mengikut panjang yang kita kehendaki
3) Kemudian, masukkan reben tersebut pada lubang yang telah ditebuk tadi. 
4) Akhir sekali, simpulkan reben tersebut.

Taraaaa... dah siap. Mudah kan?

Penanda buku


Haa... jom kita pelbagaikan lagi penanda buku kita daripada sampul raya ni..

Penanda buku daripada sampul raya



Jom tengok video ini




Selamat mencuba

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini



Friday, 30 December 2016

Beg sekolah lama kembali berseri


Sesi persekolahan dah nak bermula. Persiapan untuk memulakan sesi persekolahan itu ada yang dibuat sejak awal lagi. Persediaan dari segi pakaian seragam, beg sekolah, buku-buku, alat tulis dan sebagainya.

Jika ada yang boleh dipakai semula, kita sambung guna lagi. Haa... dalam entri kali ini, saya nak berkongsi bagaimana menjadikan beg sekolah yang lama kembali berseri. Beg sekolah yang masih elok... cuma warnanya yang kelihatan pudar boleh diperbaharui. 

Pada tahun lepas, inilah yang saya buatkan untuk beg sekolah Lala. Jom! Tengok gambar kat bawah ni .......

Tarraa........


Haa.. bagaimana caranya supaya beg sekolah lama berseri-seri semula? Cara-caranya adalah......
1) Bersihkan beg sekolah tersebut
2) Warnakan atau lukis corak pada beg itu
(Corak dan lukisan apa terpulanglah pada anda... corak batik ke, doodle ke ... dan sebagainya)

Gunakan pen dan warna yang sesuai untuk fabrik bagi kesan yang kekal lama, boleh didapati di kedai-kedai buku dan alat tulis. 


Corak ni dah setahun bertakhta di beg ini


Terima kasih kerana sudi baca entri ini. 





Wednesday, 17 February 2016

Cerita di sebalik Keychain handmade Kak Ros

Kak Ros: Amboi! Amboi! Bahagianya buat sepah! Ish! Ish! Ish!

Hari ni,.. HARI MENGEMAS RUMAH! 

Upin: Alaa... Kenapa nak kemas rumah?

Bukannya raya!

Kak Ros: Eh, siapa kata kemas rumah waktu raya je? 

Upin: Akak!

Kak Ros: Dah! Buat sekarang! 

Upin: Akak ni, GARANG! Cuba cakap baik-baik.

Kak Ros: Akak nak tengok bersih. Kalau sepah lagi... akak vakum semua dengan korang-korang sekali! Ha!Ha!Ha!"

Haa.. garang tak kak Ros? Inilah sebahagian daripada dialog antara Kak Ros dengan Upin dalam Kartun popular, UPIN DAN IPIN. Bukan kanak-kanak je yang gemar menonton UPIN DAN IPIN ni, orang dewasa pun gemar juga. Lala dan Asyraf suka sangat menonton UPIN DAN IPIN ni. Termasuklah uMMiey dan Abah Ala juga.
Walaupun di ulang siaran banyak kali pun, tetap tak jemu menontonnya. Selain menonton kat tv, kami tonton kat youtube juga. Selain daripada itu, kami tidak ketinggalan juga mendapatkan majalah UPIN DAN IPIN.


Haa.... uMMiey minat sangat melukis. Pada suatu hari tu, ‘terrr...lukis‘ gambar Kak Ros. Lepas ‘terrrlukis‘,.. ‘tergunting‘ pula. Lepas tu,......
‘terhasillah‘ keychain KAK ROS handmade ni.
Nah! Inilah dia..... jeng...jeng....jeng!


Psst! Psst! Nak tau tak? Tahu apa? Haa... bermula dengan membuat KEYCHAIN KAK ROS HANDMADE ni, uMMiey mula berminat untuk membuat keychain-keychain yang lain. Antaranya yang ini (seperti dalam gambar di bawah):



Bermula daripada sinilah, keychain handmade uMMiey ada yang berminat untuk menempahnya. Terima kasih kepada saudara kembarku yang menjadi orang pertama yang order dan sentiasa memberi 'support' dan semangat.

Nak tau keychain apa lagi? Jom like facebook
Galeri Ummiey Ala
Jom follow instagram Galeri Ummiey Ala

Wednesday, 3 February 2016

Koleksi Happy Birthday wishes





Ini antara koleksi grafik yang uMMiey design. Sekiranya anda nak download dan forward kan untuk wish birthday kepada seseorang, dipersilakan.

#sharingiscaring

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Sunday, 24 January 2016

Koleksi mutiara kata Senyum

Senyumlah

Bila rasa nak marah, cuba SENYUM!
Bila senyum, jadi tak marah? Marah tak jadi, kan? Tak jadi marah, kan? Kan?

Ada tak yang marah tengah senyum? Hmmm.. kalau ada pun ‘marah-marah sayang‘ la kot.... he.... he....

Jadi, jomlah SENYUM!
Banyakkan beristighfar, berzikir dan berselawat.


Senyum kerana Allah.
Senyum itu sedekah.


Psst... psst... semua ni sebenarnya peringatan untuk diri uMMiey sendiri. Tapi mudah-mudahan semoga bermanfaat untuk anda semua juga ye.

Salam Ukhuwah

Terima kasih sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***
#uMMieyaLa

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************


Wednesday, 20 January 2016

Happy birthday wishes

Hai,

Pstt... pstt.... uMMiey nak buat pengakuan ni... haa... pengakuan apa?.. uMMiey suka sangat melukis dan design grafik.

Makanya, hasil gabungan lukisan dan edit gambar terhasillah ini.......


Sesiapa yang nak download dan nak ucapkan selamat hari lahir, silakan.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Thursday, 14 January 2016

Sabar

Assalamualaikum,

entri kali ni uMMiey nak share lukisan uMMiey disertakan dengan mutiara kata sabar.


**ilustrasi dari uMMiey aLa
**mutiara kata dari sumber google


******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Tuesday, 5 January 2016

Santai

Ha.. ha... ha...
Eh! Kenape belum cerita apa-apa tapi uMMiey dah tergelak ni?.. Haa... anda pernah tak tersenyum atau tergelak 'sorang-sorang' jika teringatkan sesuatu yang mencuit hati? Tentu pernah, kan?

Sama la dengan uMMiey. Saat bersama LaLa bila menonton tv. Masa tu dia berumur 4 tahun lagi.

Ehem... ehem... Nak tau tak apa yang mencuit hati tu? uMMiey lakarkan dalam komik ni... dah lama dah siapkan komik ni, cuma baru sekarang dapat update kat blog.

Haa.... jomlah baca.....


He.. he....

Oklah. Tata. Terima kasih sudi baca entri ini.

*****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************



Sunday, 20 December 2015

Happy birthday wishes

Salam sejahtera....

Kali ni uMMiey nak berkongsi grafik design untuk birthday wishes. Sesiapa yang nak download, sila kan.




******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Tuesday, 15 December 2015

Lala lukis hello kitty di seluar

Assalamualaikum

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera. Entri kali ini uMMiey nak berkongsi tentang LaLa melukis di seluarnya. Apa yang LaLa lukis? Jomlah kita tengok...

Tarraaa.........



Haa... cuti sekolah sekarang ni jom ajak anak-anak cantikkan baju ke, seluar ke ....
Pasti menyeronokkan dilakukan bersama-sama. 
Jomlah!

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************

Friday, 27 November 2015

Resepi bahagia

Assalamualaikum....

Pssst... pssst... meh.. meh....
uMMiey nak share resepi ni.
Hah! Resepi? Masak apa kali ini?
Haa..... nak tau resepi apa?
Jom kita tengok

Je ... je... jenggg....


Haa... dah baca tak resepinya?
masaklah dengan penuh kasih sayang ye.


Tata...
Terima kasih sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************

Friday, 20 November 2015

Mutiara kata : sabar

Assalamualaikum...

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah.

         uMMiey ada terbaca, salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis. Secara tidak langsung ia mampu membantu perkembangan minda kanak-kanak sekaligus menyemai budaya berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan mereka.

          Kali ni uMMiey nak berkongsi mutiara kata daripada LaLa dan lukisan yang dilukis oleh LaLa.

Tarraa........


Semoga kita sentiasa bersabar ye. Semoga kita sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan. Sebagai ibu bapa, semoga uMMiey dan kita semua juga sabar dalam melayani karenah dan ragam anak-anak.

Semoga LaLa dan Asyraf, dan anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan
******************************************


Saturday, 17 October 2015

lukisan di fabrik: Pokok Cantik

Assalamualaikum....

Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira selalu. uMMiey juga rasa sangat gembira bila dapat luangkan masa melukis dan paling gembira bila dapat siapkan sesebuah lukisan.

Lukisan kali ini masih lagi lukisan di fabrik.  uMMiey namakan lukisan ini sebagai 'pokok cantik'.


Lukisan yang uMMiey hasilkan ini diinspirasikan daripada lukisan 'beautiful' oleh dinukm . Gambar lukisan itu di upload di instagram arts.gallery

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan
******************************************






Saturday, 10 October 2015

Lukisan di dinding: Pohon Cinta

Assalamualaikum

Salam sejahtera

"Sepohon kayu daunnya rimbun......
 Lebat bunganya serta buahnya......
 Walaupun hidup seribu tahun.......
 Kalau tak sembahyang apa gunanya "

haa..... ini adalah sebahagian daripada lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Saujana yang berjudul "Sepohon Kayu Daunnya Rimbun". Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga dan untuk kita semua . Sama-sama kita menjaga solat dan saling ingat - mengingatkan ye.

"Tanya pada pokok apa sebab goyang.........
 Nanti jawab pokok angin yang goncang....."

Haa....  ini pula sebahagian daripada lirik lagu 'Tanya Sama Hati' - Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.  Majoriti pasti tahu tentang lagu ni kan.

Tapi kenapa ye uMMiey aLa ni?????? Mukaddimah untuk entri kali ni nyanyi lagu Sepohon Kayu la.... Tanya Pada Pokok la.... ???? Kenapa ye????

Sebabnya entri uMMiey kali ini ada kaitannya dengan pokok.

LUKISAN DI DINDING

Tadaa......


Lukisan di dinding ini uMMiey namakan 'Pohon Cinta'. Lukisan ini uMMiey dan abah aLa siapkan bersama-sama. Makanya uMMiey namakan lukisan di dinding kali ini dengan nama  'Pohon Cinta'.. Haa... ibarat lagu yang ada tajuk.... begitu jugalah dengan lukisan. Seni itu luas.....

Lukisan ini sesuai di lukis di dinding pejabat, restoran, cafe, tadika, sekolah, butik dan sebagainya. Dengan hanya lukisan seperti ini sahaja sudah mampu menyerlahkan sudut dinding anda.


Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Artikel berkaitan

Lukisan di dinding:  Ranting Pautan Kasih

******************************************

Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan 
Yang buruk jadikan sempadan


Tuesday, 6 October 2015

Lukisan di dinding: Ranting Pautan Kasih

Assalamualaikum

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera. Entri kali ini tentang lukisan di dinding dihasilkan oleh uMMiey dan Abah aLa.

Ternyata Abah aLa sangat berbakat dalam melukis. Bila uMMiey dan Abah ALa melukis.......  kami #sehatisejiwa. Gembira sangat dapat melukis bersama dan bekerjasama dengan Abah ALa menyiapkan lukisan ini.

Haa... inilah 'Ranting Pautan Kasih'. Kenapa uMMiey namakan dengan nama ini? Sebab kami saling memerlukan untuk menyiapkan lukisan ini.

Lukisan ini di lukis di bahagian sudut dinding. Sudut ini boleh dijadikan laman santai atau sebagainya. Lukisan ini bukan saja sesuai di lukis di dinding rumah, tapi juga di dinding pejabat, tadika, butik dan sebagainya. Dengan sedikit sahaja susun atur, ruangan ini sudah mampu menyerlah dengan lukisan bermotif ranting pokok ini.





Terima kasih sudi baca entri ini.



Artikel berkaitan

Lukisan di dinding: Pohon Cinta

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan 
Yang buruk jadikan sempadan

Wednesday, 19 August 2015

lukis bunga

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Kali ini uMMiey ingin berkongsi hasil uMMiey conteng kain lagi.

Lukisan di fabrik kali ini bermotifkan bunga.

Inilah hasilnya.



Terima  kasih kerana sudi melawat blog uMMiey ala
****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati ***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan


Saturday, 8 August 2015

Bila Lala conteng kain

Assalamualaikum.

Entri kali ini uMMiey nak berkongsi hasil lukisan di fabrik oleh LaLa.

Inilah hasilnya. Tarraaaa..........

 

Terima kasih kerana melawat blog uMMiey aLa.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Bila uMMiey aLa conteng kain lagi

Assalamualaikum.

Kali ini uMMiey cuba conteng kain lagi. uMMiey melukis di atas sehelai baju lama.


Inilah hasilnya percubaan kedua uMMiey melukis di fabrik. Tarraaaaaaaaaaaaaa....





Terima  kasih kerana sudi melawat blog uMMiey aLa.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Thursday, 28 May 2015

Bila uMMiey aLa conteng kain

Hai,

Kali pertama percubaan uMMiey melukis di fabrik, setelah sekian lama tidak melukis.......lukis di baju lama.

Nah, inilah hasilnya. Akan datang uMMiey nak conteng kasut pulak.




Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Bila uMMiey aLa conteng kain lagi



Bila Lala melukis

Hai,

Bila Lala melukis,........


**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan teladan