Showing posts with label catatan uMMiey aLa. Show all posts
Showing posts with label catatan uMMiey aLa. Show all posts

Saturday, 13 February 2016

Jom berzikir


Syukur. Alhamdulillah.
Walaupun masih kecil, uMMiey selalu mendengar Asyraf mengalunkan zikir, berselawat, asmaul husna dan bernasyid erti Al-fatihah. Tatkala dia bermain, dia berselawat, dia berzikir. Walaupun kadang-kadang ada perkataan yang dia belum sebut dengan betul. Namun, tersentuh sangat hati kecilku.

Anak-anak kecil ni mudah meniru apa yang didengar dan dilihatnya. Peringatan untuk diriku sendiri sebagai ibu untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan.

uMMiey kongsikan salah satu videonya. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye. Jom berzikir!

Tuesday, 5 January 2016

Santai

Ha.. ha... ha...
Eh! Kenape belum cerita apa-apa tapi uMMiey dah tergelak ni?.. Haa... anda pernah tak tersenyum atau tergelak 'sorang-sorang' jika teringatkan sesuatu yang mencuit hati? Tentu pernah, kan?

Sama la dengan uMMiey. Saat bersama LaLa bila menonton tv. Masa tu dia berumur 4 tahun lagi.

Ehem... ehem... Nak tau tak apa yang mencuit hati tu? uMMiey lakarkan dalam komik ni... dah lama dah siapkan komik ni, cuma baru sekarang dapat update kat blog.

Haa.... jomlah baca.....


He.. he....

Oklah. Tata. Terima kasih sudi baca entri ini.

*****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************



Friday, 27 November 2015

Resepi bahagia

Assalamualaikum....

Pssst... pssst... meh.. meh....
uMMiey nak share resepi ni.
Hah! Resepi? Masak apa kali ini?
Haa..... nak tau resepi apa?
Jom kita tengok

Je ... je... jenggg....


Haa... dah baca tak resepinya?
masaklah dengan penuh kasih sayang ye.


Tata...
Terima kasih sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************

Friday, 20 November 2015

Mutiara kata : sabar

Assalamualaikum...

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah.

         uMMiey ada terbaca, salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis. Secara tidak langsung ia mampu membantu perkembangan minda kanak-kanak sekaligus menyemai budaya berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan mereka.

          Kali ni uMMiey nak berkongsi mutiara kata daripada LaLa dan lukisan yang dilukis oleh LaLa.

Tarraa........


Semoga kita sentiasa bersabar ye. Semoga kita sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan. Sebagai ibu bapa, semoga uMMiey dan kita semua juga sabar dalam melayani karenah dan ragam anak-anak.

Semoga LaLa dan Asyraf, dan anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan
******************************************


Sunday, 9 August 2015

KG Gurl Maxi Skirt by Mek Jangok Enterprise

Assalamualaikum.

Hari ini uMMiey nak berkongsi tentang KG Gurl Maxi Skirt keluaran eksklusif oleh MEK Jangok Enterprise.

Idea terinspirasi daripada kain pelikat dan kain batik. KG Gurl Maxi Skirt sesuai digayakan di mana-mana sahaja.

Sesiapa yang berminat dengan KG Gurl Maxi Skirt ini bolehlah melayari website dan melawati Facebook MEK Jangok Enterprise ye.






****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan



Saturday, 20 June 2015

Melatih anak berpuasa di bulan Ramadan

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Hari ini hari ke-3 kita berpuasa di bulan Ramadan, bulan mulia dan penuh keberkatan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kesabaran. Semoga dipermudahkan segala urusan yang kita tempuhi di bulan Ramadan ini.

Entri kali ini sebenarnya uMMiey mahu berkongsi tentang Lala berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Tentu anda juga mempunyai pengalaman masing-masing ketika melatih anak-anak berpuasa terutamanya bagi yang pertama kali berpuasa. Terima kasih kepada yang berkongsi tips melatih anak berpuasa. Ada yang bermanfaat untuk dipraktikkan. Bila anak-anak berpuasa terutama bagi yang pertama kali berpuasa, pelbagai ragam dan keletah, kan? Termasuklah Lala juga. Hari ini hari ke-2 bagi Lala berpuasa. Hari pertama, Alhamdulillah, mudah bagi uMMiey untuk mengejutkan Lala bersahur. Tiada unsur paksaan. Pada waktu pagi kelihatan bersemangat tapi menjelang tengah hari dia beritahu bahawa dia tak larat lagi meneruskan puasanya pada hari itu. Maka, uMMiey benarkan dia berbuka puasa setelah masuk waktu Zohor. Lala mengetahui tentang puasa semestinya melalui cerita Upin dan Ipin yang selalu di tontonnya. Sampaikan kebanyakan dialog dalam cerita Upin & Ipin sudah terhafal dalam mindanya.

Selain daripada itu, penerangan daripada cikgu-cikgu Lala juga banyak membantu Lala mengetahui tentang berpuasa. Terima kasih kepada cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah juga kerana peranan anda semua dalam hal ini memudahkan urusan kami sebagai ibu bapa dalam mendidik Lala bersolat, belajar mengaji Al-quran dan berpuasa.

Justeru itu, Lala menyediakan JADUAL LALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN. uMMiey membantu Lala melakar petak-petaknya sahaja dan yang selebihnya Lala yang siapkan jadual itu supaya dia dapat merekodkan hari dia berpuasa.



uMMiey doakan semoga Lala dan anak kita semua tetap bersemangat dan kuat untuk meneruskan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan ini dan yang akan datang seterusnya. Semoga Lala menjadi anak yang solehah.

Haa... Macam mana ragam Asyraf pula bila berpuasa nanti ye?....

****************************************

**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan




Thursday, 28 May 2015

Bila Lala melukis

Hai,

Bila Lala melukis,........


**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan teladan

Monday, 4 May 2015

Lukisan Lala bertambah baik


Sempena cuti beberape hari ni, selain melakukan beberapa aktiviti lain, Lala masih meluangkan sedikit masanya dengan melukis. Pada pandangan uMMiey, lukisannya bertambah baik. Antara lukisannya yang mendapat perhatian uMMiey adalah yang ini. 



**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
                    ***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Komik "Monk and friends" oleh LaLa