Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Friday, 30 December 2016

Beg sekolah lama kembali berseri


Sesi persekolahan dah nak bermula. Persiapan untuk memulakan sesi persekolahan itu ada yang dibuat sejak awal lagi. Persediaan dari segi pakaian seragam, beg sekolah, buku-buku, alat tulis dan sebagainya.

Jika ada yang boleh dipakai semula, kita sambung guna lagi. Haa... dalam entri kali ini, saya nak berkongsi bagaimana menjadikan beg sekolah yang lama kembali berseri. Beg sekolah yang masih elok... cuma warnanya yang kelihatan pudar boleh diperbaharui. 

Pada tahun lepas, inilah yang saya buatkan untuk beg sekolah Lala. Jom! Tengok gambar kat bawah ni .......

Tarraa........


Haa.. bagaimana caranya supaya beg sekolah lama berseri-seri semula? Cara-caranya adalah......
1) Bersihkan beg sekolah tersebut
2) Warnakan atau lukis corak pada beg itu
(Corak dan lukisan apa terpulanglah pada anda... corak batik ke, doodle ke ... dan sebagainya)

Gunakan pen dan warna yang sesuai untuk fabrik bagi kesan yang kekal lama, boleh didapati di kedai-kedai buku dan alat tulis. 


Corak ni dah setahun bertakhta di beg ini


Terima kasih kerana sudi baca entri ini. 





Saturday, 13 February 2016

Jom berzikir


Syukur. Alhamdulillah.
Walaupun masih kecil, uMMiey selalu mendengar Asyraf mengalunkan zikir, berselawat, asmaul husna dan bernasyid erti Al-fatihah. Tatkala dia bermain, dia berselawat, dia berzikir. Walaupun kadang-kadang ada perkataan yang dia belum sebut dengan betul. Namun, tersentuh sangat hati kecilku.

Anak-anak kecil ni mudah meniru apa yang didengar dan dilihatnya. Peringatan untuk diriku sendiri sebagai ibu untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan.

uMMiey kongsikan salah satu videonya. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye. Jom berzikir!

Saturday, 20 June 2015

Melatih anak berpuasa di bulan Ramadan

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Hari ini hari ke-3 kita berpuasa di bulan Ramadan, bulan mulia dan penuh keberkatan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kesabaran. Semoga dipermudahkan segala urusan yang kita tempuhi di bulan Ramadan ini.

Entri kali ini sebenarnya uMMiey mahu berkongsi tentang Lala berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Tentu anda juga mempunyai pengalaman masing-masing ketika melatih anak-anak berpuasa terutamanya bagi yang pertama kali berpuasa. Terima kasih kepada yang berkongsi tips melatih anak berpuasa. Ada yang bermanfaat untuk dipraktikkan. Bila anak-anak berpuasa terutama bagi yang pertama kali berpuasa, pelbagai ragam dan keletah, kan? Termasuklah Lala juga. Hari ini hari ke-2 bagi Lala berpuasa. Hari pertama, Alhamdulillah, mudah bagi uMMiey untuk mengejutkan Lala bersahur. Tiada unsur paksaan. Pada waktu pagi kelihatan bersemangat tapi menjelang tengah hari dia beritahu bahawa dia tak larat lagi meneruskan puasanya pada hari itu. Maka, uMMiey benarkan dia berbuka puasa setelah masuk waktu Zohor. Lala mengetahui tentang puasa semestinya melalui cerita Upin dan Ipin yang selalu di tontonnya. Sampaikan kebanyakan dialog dalam cerita Upin & Ipin sudah terhafal dalam mindanya.

Selain daripada itu, penerangan daripada cikgu-cikgu Lala juga banyak membantu Lala mengetahui tentang berpuasa. Terima kasih kepada cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah juga kerana peranan anda semua dalam hal ini memudahkan urusan kami sebagai ibu bapa dalam mendidik Lala bersolat, belajar mengaji Al-quran dan berpuasa.

Justeru itu, Lala menyediakan JADUAL LALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN. uMMiey membantu Lala melakar petak-petaknya sahaja dan yang selebihnya Lala yang siapkan jadual itu supaya dia dapat merekodkan hari dia berpuasa.



uMMiey doakan semoga Lala dan anak kita semua tetap bersemangat dan kuat untuk meneruskan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan ini dan yang akan datang seterusnya. Semoga Lala menjadi anak yang solehah.

Haa... Macam mana ragam Asyraf pula bila berpuasa nanti ye?....

****************************************

**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan