Monday, 31 August 2015

Merdeka

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-58.



Saturday, 29 August 2015

Kek Oren kukus

Assalamualaikum.

Hai, masih tercari-cari menu petang? Apa kata jom cuba resepi kek cawan oren kukus ni. Beberapa hari yang lalu, uMMiey buatkan kek cawan mini oren kukus ni untuk keluarga. Alhamdulillah. Mereka suka. Terutamanya Lala dan Asyraf. Resepi ini uMMiey rujuk daripada beberapa blog dan mengolahnya sedikit.

Jom kita lihat apakah bahan-bahannya.

Kek Oren Kukus (Cupcake)

Bahan-bahan:
2 Cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
1/2 cawan gula
2 sudu besar perisa oren Sunquick
1 cawan susu cair
2-5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak

Cara-cara
1) Didihkan air dalam periuk pengukus
2) Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder
3) Selepas itu, susu pekat dilarutkan terlebih dahulu bersama susu cair dan perisa Oren Sunquick, setelah larut masukkan minyak pula.
4) Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan pukul sekali lagi sehingga kembang.
5) Setelah itu, masukkan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi ke dalam campuran susu dan minyak. Masukkan pula tepung yang telah diayak. Gaul sebati.
6) Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam acuan / acuan cawan kertas.
7) Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.





Selamat mencuba ye. Masaklah dengan penuh kasih sayang.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
*** uMMiey aLa ***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan











Friday, 21 August 2015

Senyum

Senyum
(Nukilan: uMMiey aLa)

Senyum itu sedekah
Senyum itu indah
Senyum bukanlah susah
Bayar pun tak usah
Jadi senyum-senyumlah
Walau diri dalam masalah
Tabahkan hati usah lemah
Tersenyumlah penawar gundah
Sesama saudara usahlah berbalah
Tersenyum bukan bererti mengalah
Pujuklah hati supaya tak merajuk dah
Saling bermaafanlah
Perbaiki kalau ada yang salah
Jadi senyumlah
Walau tersenyum tak sudah-sudah
dikata tak waras tak mengapalah
Ayuh! Tetap tersenyumlah



****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
*** uMMiey aLa ***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Wednesday, 19 August 2015

lukis bunga

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Kali ini uMMiey ingin berkongsi hasil uMMiey conteng kain lagi.

Lukisan di fabrik kali ini bermotifkan bunga.

Inilah hasilnya.



Terima  kasih kerana sudi melawat blog uMMiey ala
****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati ***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan


Sunday, 9 August 2015

KG Gurl Maxi Skirt by Mek Jangok Enterprise

Assalamualaikum.

Hari ini uMMiey nak berkongsi tentang KG Gurl Maxi Skirt keluaran eksklusif oleh MEK Jangok Enterprise.

Idea terinspirasi daripada kain pelikat dan kain batik. KG Gurl Maxi Skirt sesuai digayakan di mana-mana sahaja.

Sesiapa yang berminat dengan KG Gurl Maxi Skirt ini bolehlah melayari website dan melawati Facebook MEK Jangok Enterprise ye.






****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan



Saturday, 8 August 2015

Bila Lala conteng kain

Assalamualaikum.

Entri kali ini uMMiey nak berkongsi hasil lukisan di fabrik oleh LaLa.

Inilah hasilnya. Tarraaaa..........

 

Terima kasih kerana melawat blog uMMiey aLa.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Bila uMMiey aLa conteng kain lagi

Assalamualaikum.

Kali ini uMMiey cuba conteng kain lagi. uMMiey melukis di atas sehelai baju lama.


Inilah hasilnya percubaan kedua uMMiey melukis di fabrik. Tarraaaaaaaaaaaaaa....





Terima  kasih kerana sudi melawat blog uMMiey aLa.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan