Friday, 25 December 2015

Maulidur Rasul

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang sangat mulia.


Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2015 telah disambut 2 kali pada tarikh :

1) 1436H - pada 3 Januari 2015
2) 1437H - pada 24 Disember 2015


 .
21:107
"Tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam". 
(Surah Al-Anbia, ayat 107)


Marilah kita menghayati sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam:

Beribadah dan mentaati Allah SWT
Ketinggian akhlak dan budi pekertinya
Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah
Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya
Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.

Jom kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W



Wednesday, 23 December 2015

Doa sebelum dan bangun tidur

Assalamualaikum......

Adab sebelum tidur

. berwudhu'
membaca doa sebelum tidur
tidur miring ke kanan
Muhasabah diri dan berzikir

                      Doa sebelum tidur


Adab bangun tidur

membaca doa bangun tidur
berkumur dan bersugi atau memberus gigi

                    Doa bangun dari tidur







Sunday, 20 December 2015

Happy birthday wishes

Salam sejahtera....

Kali ni uMMiey nak berkongsi grafik design untuk birthday wishes. Sesiapa yang nak download, sila kan.




******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

*****************************************

Tuesday, 15 December 2015

Lala lukis hello kitty di seluar

Assalamualaikum

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera. Entri kali ini uMMiey nak berkongsi tentang LaLa melukis di seluarnya. Apa yang LaLa lukis? Jomlah kita tengok...

Tarraaa.........



Haa... cuti sekolah sekarang ni jom ajak anak-anak cantikkan baju ke, seluar ke ....
Pasti menyeronokkan dilakukan bersama-sama. 
Jomlah!

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************

Saturday, 5 December 2015

Monk and friends: bahagian 7

Assalamualaikum....

Agak lama juga uMMiey tak update komik oleh LaLa ni, kan? Baru sekarang dapat update.

Sebenarnya, komik 'Monk and friends' ni LaLa hasilkan ketika dia berumur 6 tahun. Apa yang ingin uMMiey kongsikan adalah bagaimana dia terjemahkan tentang permainan konda konda ni. Permainan konda kondi adalah salah satu permainan tradisional.

Teringat zaman kanak-kanak, uMMiey dulu pernah main permainan teng teng, lompat getah, baling selipar, sorok-sorok, congkak, gasing, selambut dan beberapa lagi permainan tradisional yang uMMiey dah tak berapa ingat.

Haa... Jomlah kita baca komik Monk and friends, bahagian 7 pula.

         Monk and friends: bahagian 7
                 (oleh LaLa)





Terima kasih sudi baca entri ini.

Monk and friends: bahagian 1
Monk and friends: bahagian 2
Monk and friends: bahagian 3
Monk and friends: bahagian 4
Monk and friends: bahagian 5
Monk and friends: bahagian 6

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************

Friday, 27 November 2015

Resepi bahagia

Assalamualaikum....

Pssst... pssst... meh.. meh....
uMMiey nak share resepi ni.
Hah! Resepi? Masak apa kali ini?
Haa..... nak tau resepi apa?
Jom kita tengok

Je ... je... jenggg....


Haa... dah baca tak resepinya?
masaklah dengan penuh kasih sayang ye.


Tata...
Terima kasih sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************

Friday, 20 November 2015

Mutiara kata : sabar

Assalamualaikum...

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah.

         uMMiey ada terbaca, salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis. Secara tidak langsung ia mampu membantu perkembangan minda kanak-kanak sekaligus menyemai budaya berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan mereka.

          Kali ni uMMiey nak berkongsi mutiara kata daripada LaLa dan lukisan yang dilukis oleh LaLa.

Tarraa........


Semoga kita sentiasa bersabar ye. Semoga kita sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan. Sebagai ibu bapa, semoga uMMiey dan kita semua juga sabar dalam melayani karenah dan ragam anak-anak.

Semoga LaLa dan Asyraf, dan anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan
******************************************


Saturday, 17 October 2015

lukisan di fabrik: Pokok Cantik

Assalamualaikum....

Semoga anda semua sentiasa ceria dan gembira selalu. uMMiey juga rasa sangat gembira bila dapat luangkan masa melukis dan paling gembira bila dapat siapkan sesebuah lukisan.

Lukisan kali ini masih lagi lukisan di fabrik.  uMMiey namakan lukisan ini sebagai 'pokok cantik'.


Lukisan yang uMMiey hasilkan ini diinspirasikan daripada lukisan 'beautiful' oleh dinukm . Gambar lukisan itu di upload di instagram arts.gallery

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan
******************************************






Thursday, 15 October 2015

Maal Hijrah

Assalamualaikum....

Salam Maal Hijrah 1437H...
Alhamdullillah. Menginjak  kita ke tahun baru Islam.  Semoga tahun baru ini memberikan sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah memanjangkan umur kita, mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita,  memurahkan rezeki kita, dan mengampunkan segala dosa silam kita. 

Mari bersama-sama kita hayati hari-hari mendatang dengan wasatiyah. Jadikan Maal Hijrah tahun ini lebih baik daripada semalam. 







Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.
******************************************

Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan 
Yang buruk jadikan sempadan 

Saturday, 10 October 2015

Lukisan di dinding: Pohon Cinta

Assalamualaikum

Salam sejahtera

"Sepohon kayu daunnya rimbun......
 Lebat bunganya serta buahnya......
 Walaupun hidup seribu tahun.......
 Kalau tak sembahyang apa gunanya "

haa..... ini adalah sebahagian daripada lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Saujana yang berjudul "Sepohon Kayu Daunnya Rimbun". Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga dan untuk kita semua . Sama-sama kita menjaga solat dan saling ingat - mengingatkan ye.

"Tanya pada pokok apa sebab goyang.........
 Nanti jawab pokok angin yang goncang....."

Haa....  ini pula sebahagian daripada lirik lagu 'Tanya Sama Hati' - Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.  Majoriti pasti tahu tentang lagu ni kan.

Tapi kenapa ye uMMiey aLa ni?????? Mukaddimah untuk entri kali ni nyanyi lagu Sepohon Kayu la.... Tanya Pada Pokok la.... ???? Kenapa ye????

Sebabnya entri uMMiey kali ini ada kaitannya dengan pokok.

LUKISAN DI DINDING

Tadaa......


Lukisan di dinding ini uMMiey namakan 'Pohon Cinta'. Lukisan ini uMMiey dan abah aLa siapkan bersama-sama. Makanya uMMiey namakan lukisan di dinding kali ini dengan nama  'Pohon Cinta'.. Haa... ibarat lagu yang ada tajuk.... begitu jugalah dengan lukisan. Seni itu luas.....

Lukisan ini sesuai di lukis di dinding pejabat, restoran, cafe, tadika, sekolah, butik dan sebagainya. Dengan hanya lukisan seperti ini sahaja sudah mampu menyerlahkan sudut dinding anda.


Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Artikel berkaitan

Lukisan di dinding:  Ranting Pautan Kasih

******************************************

Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan 
Yang buruk jadikan sempadan


Tuesday, 6 October 2015

Lukisan di dinding: Ranting Pautan Kasih

Assalamualaikum

Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera. Entri kali ini tentang lukisan di dinding dihasilkan oleh uMMiey dan Abah aLa.

Ternyata Abah aLa sangat berbakat dalam melukis. Bila uMMiey dan Abah ALa melukis.......  kami #sehatisejiwa. Gembira sangat dapat melukis bersama dan bekerjasama dengan Abah ALa menyiapkan lukisan ini.

Haa... inilah 'Ranting Pautan Kasih'. Kenapa uMMiey namakan dengan nama ini? Sebab kami saling memerlukan untuk menyiapkan lukisan ini.

Lukisan ini di lukis di bahagian sudut dinding. Sudut ini boleh dijadikan laman santai atau sebagainya. Lukisan ini bukan saja sesuai di lukis di dinding rumah, tapi juga di dinding pejabat, tadika, butik dan sebagainya. Dengan sedikit sahaja susun atur, ruangan ini sudah mampu menyerlah dengan lukisan bermotif ranting pokok ini.





Terima kasih sudi baca entri ini.



Artikel berkaitan

Lukisan di dinding: Pohon Cinta

******************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan 
Yang buruk jadikan sempadan

Wednesday, 16 September 2015

Monday, 31 August 2015

Merdeka

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-58.



Saturday, 29 August 2015

Kek Oren kukus

Assalamualaikum.

Hai, masih tercari-cari menu petang? Apa kata jom cuba resepi kek cawan oren kukus ni. Beberapa hari yang lalu, uMMiey buatkan kek cawan mini oren kukus ni untuk keluarga. Alhamdulillah. Mereka suka. Terutamanya Lala dan Asyraf. Resepi ini uMMiey rujuk daripada beberapa blog dan mengolahnya sedikit.

Jom kita lihat apakah bahan-bahannya.

Kek Oren Kukus (Cupcake)

Bahan-bahan:
2 Cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
1/2 cawan gula
2 sudu besar perisa oren Sunquick
1 cawan susu cair
2-5 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak

Cara-cara
1) Didihkan air dalam periuk pengukus
2) Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder
3) Selepas itu, susu pekat dilarutkan terlebih dahulu bersama susu cair dan perisa Oren Sunquick, setelah larut masukkan minyak pula.
4) Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan pukul sekali lagi sehingga kembang.
5) Setelah itu, masukkan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi ke dalam campuran susu dan minyak. Masukkan pula tepung yang telah diayak. Gaul sebati.
6) Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam acuan / acuan cawan kertas.
7) Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.





Selamat mencuba ye. Masaklah dengan penuh kasih sayang.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
*** uMMiey aLa ***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan











Friday, 21 August 2015

Senyum

Senyum
(Nukilan: uMMiey aLa)

Senyum itu sedekah
Senyum itu indah
Senyum bukanlah susah
Bayar pun tak usah
Jadi senyum-senyumlah
Walau diri dalam masalah
Tabahkan hati usah lemah
Tersenyumlah penawar gundah
Sesama saudara usahlah berbalah
Tersenyum bukan bererti mengalah
Pujuklah hati supaya tak merajuk dah
Saling bermaafanlah
Perbaiki kalau ada yang salah
Jadi senyumlah
Walau tersenyum tak sudah-sudah
dikata tak waras tak mengapalah
Ayuh! Tetap tersenyumlah



****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
*** uMMiey aLa ***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Wednesday, 19 August 2015

lukis bunga

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Kali ini uMMiey ingin berkongsi hasil uMMiey conteng kain lagi.

Lukisan di fabrik kali ini bermotifkan bunga.

Inilah hasilnya.



Terima  kasih kerana sudi melawat blog uMMiey ala
****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati ***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan


Sunday, 9 August 2015

KG Gurl Maxi Skirt by Mek Jangok Enterprise

Assalamualaikum.

Hari ini uMMiey nak berkongsi tentang KG Gurl Maxi Skirt keluaran eksklusif oleh MEK Jangok Enterprise.

Idea terinspirasi daripada kain pelikat dan kain batik. KG Gurl Maxi Skirt sesuai digayakan di mana-mana sahaja.

Sesiapa yang berminat dengan KG Gurl Maxi Skirt ini bolehlah melayari website dan melawati Facebook MEK Jangok Enterprise ye.






****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan



Saturday, 8 August 2015

Bila Lala conteng kain

Assalamualaikum.

Entri kali ini uMMiey nak berkongsi hasil lukisan di fabrik oleh LaLa.

Inilah hasilnya. Tarraaaa..........

 

Terima kasih kerana melawat blog uMMiey aLa.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Bila uMMiey aLa conteng kain lagi

Assalamualaikum.

Kali ini uMMiey cuba conteng kain lagi. uMMiey melukis di atas sehelai baju lama.


Inilah hasilnya percubaan kedua uMMiey melukis di fabrik. Tarraaaaaaaaaaaaaa....





Terima  kasih kerana sudi melawat blog uMMiey aLa.

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

Tuesday, 14 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

ALHAMDULILLAH. Syukur ke hadrat Allah. Kita masih berpeluang bernafas dan menjalani kehidupan di dunia ini.

Hari ini 27 Ramadhan 1436. Hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah.

Kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan daripada anda semua. Maafkanlah segala salah & khilaf saya dan keluarga.

Sempena raya menjelang tiba, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

****************************************
Lukisan minda terjemahan bicara hati 
***uMMiey aLa***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

******************************************


Thursday, 25 June 2015

Kek Kurma Kukus

Assalamualaikum.

Dalam entri resepi kali ini uMMiey nak berkongsi resepi Kek Kurma Kukus. Bahan dalam kek ini menggunakan salah satu makanan sunnah iaitu kurma. Kurma banyak khasiatnya.

uMMiey telah cuba resepi ini pada minggu lepas. Alhamdulillah. Rasa sedap juga.
Komen daripada Ala (Asyraf dan LaLa)....
Asyraf,"..dap, dap". ...
LaLa,"....sedap, umi".

Haa.... Nak tahu betul sedap ke tidak ... Cubalah resepi ini. Jomlah kita tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
5-7 kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan lagi, terpulang pada anda)
4 biji telur ( tapi uMMiey guna sebiji je sebab dalam peti cuma ada sebiji sahaja.... Uhuk...huk..huk)
1 cawan minyak / mentega (uMMiey guna minyak )
1/2 cawan santan*
1/2 cawan air masak*

(*kalau tak nak guna santan boleh digantikan dengan 1 cawan susu cair. Air masak tak payah masuklah kalau nak guna susu cair)

Cara-cara:
1) Didihkan air dalam periuk pengukus.
2) Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder
3) Masukkan kurma yang telah dibuang biji dan dipotong kecil-kecil ke dalam bekas berisi tepung yang telah di ayak tadi.
4) dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul sekali lagi sehingga kembang.
5) Selepas itu, masukkan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi ke dalam adunan tepung. Masukkan santan, air dan minyak. Gaul sebati.
6) Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega atau minyak.
7) Kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.




Selamat mencuba resepi ini.
Masaklah dengan penuh kasih sayang.

****************************************

**Lukisan minda terjemahan bicara hati**
***uMMiey ala***

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan


RELATED POST