Monday, 10 July 2017

DIY Penanda Buku : Sampul Raya dibuat penanda buku

Dah lama tak update entri. Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon dimaafkan seandainya ada salah silap dan khilaf sepanjang saya menulis di blog ini.  Maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca coretan terjemahan bicara hati di blog ini.

Ok, berbalik kepada tajuk entri saya kali ini. Haa ..... sampul raya dibuat penanda buku. Sampul raya banyak yang cantik. Sayang kan kalau dibuang?..... Isi dalam sampul tu sudah tentu bermanfaat ... kan? ....kan?

Haa ... apa kata jom kita jadikan pemberian seseorang itu lebih bermanfaat. Jom kita buat sampul raya sebagai penanda buku. Lebih seronok lagi ... jom ajak anak-anak atau adik-adik buat penanda buku ini bersama-sama.

Haa ... senang saja caranya. Sebelum tu, jom kita tengok apa yang kita perlukan untuk membuat penanda buku sampul raya ni...

- Sampul raya
- Reben
- Penebuk lubang
- Gunting



Cara-cara:

1) Tebuk lubang pada sampul raya dengan menggunakan penebuk lubang
2) Guntingkan reben mengikut panjang yang kita kehendaki
3) Kemudian, masukkan reben tersebut pada lubang yang telah ditebuk tadi. 
4) Akhir sekali, simpulkan reben tersebut.

Taraaaa... dah siap. Mudah kan?

Penanda buku


Haa... jom kita pelbagaikan lagi penanda buku kita daripada sampul raya ni..

Penanda buku daripada sampul raya



Jom tengok video ini




Selamat mencuba

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini



Tuesday, 6 June 2017

Kek Batik

Kek batik... kek yang sedap, mudah dan senang untuk memasaknya. Ramai yang dah tahu tentang ini. Haa... saya juga turut cuba memasaknya.

Tarraaaaaa..........

Kek batik

Ok, jomlah kita tengok apakah bahan-bahan dan cara memasaknya.

BAHAN-BAHAN:

- 250g butter
- Setengah tin susu pekat manis (Nak kurangkan pun boleh)
- 200g milo (1 peket milo yang paling kecil tu)
- 3 sudu serbuk koko
-  biskut marie (saya guna 1 pack biskut marie. Nak kurangkan pun boleh)

CARA-CARA:

1) Cairkan butter. 
2) Selepas butter dah cair, masukkan setengah tin susu pekat manis. Nak kurangkan pun boleh.
3) Selepas itu masukkan milo dan diikuti pula dengan serbuk koko.
4) Kacau biar rata. Seterusnya masukkan biskut marie.
5) Selepas itu, masukkan dalam bekas. Tekan-tekan supaya padat. 
6) Kemudian, sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 hingga 4 jam.

Haa... dah siap! Keluarkan daripada peti sejuk. Biarkan seketika. Barulah potong kek batik itu.

Mudah, kan?

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.