Saturday, 7 January 2017

Nasi goreng serunding daging

Hai semua...

Entri pertama pada tahun 2017 ini, saya kongsikan dengan entri resepi. Resepi mudah saja. Haa... resepi apa tu? .....

Tarrraa.... 
NASI GORENG SERUNDING DAGING! 

Biasanya serunding daging ni kita makan bersama pulut, dijadikan inti popia, inti mini karipap dan sebagainya. Haa... kali ni kita nak makan serunding daging ni bersama nasi goreng pula. Nyum... nyum!

Apa tunggu lagi? Jomlah kita tengok resepi yang sangat mudah ini.

BAHAN-BAHAN:

- Nasi
- 3-5 ulas bawang putih (nak lebihkan pun boleh)
- sayur sawi (boleh tambahkan sayur-sayuran lain kegemaran anda, terpulang pada citarasa anda)
- halia
- 3 biji telur
- garam (secukup rasa)
- 2-3 cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang anda suka)
- minyak 
- serunding daging

CARA-CARA:

1) Panaskan sedikit minyak masak
2) masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau
3) masukkan cili padi 
4) masukkan sayur 
5) masukkan telur dan biarkan seketika
6) kemudian, masukkan nasi
7) Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati
8) Angkat. Sebelum dihidang, taburkan atau letakkanlah serunding daging tu. 

Haa... dah siap nasi goreng serunding daging. 

Nasi Goreng Serunding Daging


Selamat mencuba. 

Masaklah dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.

Friday, 30 December 2016

Beg sekolah lama kembali berseri


Sesi persekolahan dah nak bermula. Persiapan untuk memulakan sesi persekolahan itu ada yang dibuat sejak awal lagi. Persediaan dari segi pakaian seragam, beg sekolah, buku-buku, alat tulis dan sebagainya.

Jika ada yang boleh dipakai semula, kita sambung guna lagi. Haa... dalam entri kali ini, saya nak berkongsi bagaimana menjadikan beg sekolah yang lama kembali berseri. Beg sekolah yang masih elok... cuma warnanya yang kelihatan pudar boleh diperbaharui. 

Pada tahun lepas, inilah yang saya buatkan untuk beg sekolah Lala. Jom! Tengok gambar kat bawah ni .......

Tarraa........


Haa.. bagaimana caranya supaya beg sekolah lama berseri-seri semula? Cara-caranya adalah......
1) Bersihkan beg sekolah tersebut
2) Warnakan atau lukis corak pada beg itu
(Corak dan lukisan apa terpulanglah pada anda... corak batik ke, doodle ke ... dan sebagainya)

Gunakan pen dan warna yang sesuai untuk fabrik bagi kesan yang kekal lama, boleh didapati di kedai-kedai buku dan alat tulis. 


Corak ni dah setahun bertakhta di beg ini


Terima kasih kerana sudi baca entri ini.