Saturday, 14 January 2017

Bubur pulut hitam Noxxa

Salam sejahtera

Entri kali ini saya nak berkongsi resepi bubur pula. Bubur apa?

Tarraaa......

BUBUR PULUT HITAM NOXXA


Haa.... Bubur pulut hitam ni saya masak menggunakan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA. 

Jomlah kita tengok apakah resepinya...

Bahan-bahan:

- 2 cawan beras pulut
- 5 cawan air 
- 3 cawan air masak
- 1 atau 2 helai daun pandan
- 400 ml santan
- 2 keping nise / gula melaka
- sedikit garam


Ok. Lepas dah sediakan bahan-bahan tu, jom tengok cara-cara nak masak pula.

Cara-cara:

1) Rendamkan beras pulut hitam selama 30 minit dan toskan

2) Masukkan beras pulut hitam, 5 cawan air dan daun pandan ke dalam inner

3) tutupkan periuk, laraskan tombol ke titik pressure, tekan HP, setkan 35 minit

4) lepas dah habis masa, tunggu dulu, kemudian barulah release wap. Nak release kan wap tu laraskan tombol ke titik steam. Lepas tu, tekan OFF (butang merah)

5) buka tudung periuk, lepas tu masukkan santan, nise, sedikit garam dan 3 cawan air masak. ( sebenarnya kuantiti air ni terpulang pada citarasa anda...suka kuah pekat ke cair ke, bolehlah kurangkan atau lebihkan air tu ye)

6) lepas tu, tekan stir fry, stir fry sekejap, tekan OFF.



Haa... inilah 'nise'. Di Kelantan dipanggil 'nise'. Nise ni diperbuat daripada nira.


Terima kasih kerana sudi baca entri ini.
Selamat mencuba.






Saturday, 7 January 2017

Nasi goreng serunding daging

Hai semua...

Entri pertama pada tahun 2017 ini, saya kongsikan dengan entri resepi. Resepi mudah saja. Haa... resepi apa tu? .....

Tarrraa.... 
NASI GORENG SERUNDING DAGING! 

Biasanya serunding daging ni kita makan bersama pulut, dijadikan inti popia, inti mini karipap dan sebagainya. Haa... kali ni kita nak makan serunding daging ni bersama nasi goreng pula. Nyum... nyum!

Apa tunggu lagi? Jomlah kita tengok resepi yang sangat mudah ini.

BAHAN-BAHAN:

Nasi
- 3-5 ulas bawang putih (nak lebihkan pun boleh)
- sayur sawi (boleh tambahkan sayur-sayuran lain kegemaran anda, terpulang pada citarasa anda)
- halia
- 3 biji telur
- garam (secukup rasa)
- 2-3 cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang anda suka)
- minyak 
- serunding daging

CARA-CARA:

1) Panaskan sedikit minyak masak
2) masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau
3) masukkan cili padi 
4) masukkan sayur 
5) masukkan telur dan biarkan seketika
6) kemudian, masukkan nasi
7) Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati
8) Angkat. Sebelum dihidang, taburkan atau letakkanlah serunding daging tu. 

Haa... dah siap nasi goreng serunding daging. 

Nasi Goreng Serunding Daging


Selamat mencuba. 

Masaklah dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini.